Siapa tidak kenal dengan ‘ustaz muda’ dikenali sebagai Aiman Banna yang baru-baru ini terkenal dengan beberapa isu yang agak kurang menyenangkan. Antaranya ialah isu mengenai status jawatan ‘Ahli Majlis Dakwah Negara (MDN) serta isu menggelar wanita sebagai ‘kehodohan alam’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semalam sekali lagi isu mengenai Aiman berkenaan dengan isu novel Aku Mahu Hidayah oleh penulis asal buku tersebut yang juga seorang personaliti media sosial kecoh di Twitter. Thread dimulakan dengan petikan seorang pengguna Twitter mengenai isu penipuan Aiman Banna dan isteri.

https://twitter.com/effiaizat_/status/1060879136141410312

Effi Aizat dan pasangan telah menerima pelawaan daripada Aiman Banna untuk menerbitkan buku Aku Mahu Hidayah yang mengisahkan bagaimana dia dan isterinya berkenalan dan akhirnya kini menjadi pasangan suami isteri yang sah. Mereka dengan gembiranya menerima tawaran tersebut memandangkan mereka percaya akan kebolehan Aiman untuk membantu dalam bidang penulisan.

https://twitter.com/effiaizat_/status/1060881226729316353

Tawaran tersebut seterusnya dilanjutkan dengan beberapa persetujuan seperti bilangan naskah yang akan dikeluarkan dan royalti penulis. Namun proses penghasilan buku itu tidak terlalu berjalan lancar apabila mereka mula berhadapan dengan masalah cetakan lambat sedangkan Aiman telah memberikan kebenaran untuk mengambil pra-tempah.

Pasangan ini kemudian menyemak kembali perjanjian yang menyatakan pesetujuan untuk mencetak sebanyak 3,000 naskah, akan tetapi pihak kilang percetakan memberitahu Aiman Banna meminta mereka untuk mencetak sebanyak 5,000 naskah buku. Jadi untuk apa lebihan cetakan sebanyak 2,000 itu?

https://twitter.com/effiaizat_/status/1060882450522431489
https://twitter.com/effiaizat_/status/1060882968279887872
https://twitter.com/effiaizat_/status/1060883373818765312

Menyedari keadaan yang agak aneh itu, pasangan ini mula rasa ditindas malah ketika promosi buku ini dijalankan pun diusahakan daripada pihaknya sendiri bukan dari pihak penerbit. Menurut pekerja Aiman, majikannya sendiri memberitahu untuk tidak perlu membantu dalam urusan promosi kerana penulis boleh membuat sendiri. Usaha promosi hanya datang dari pihak penulis tetapi keuntungan diperoleh pihak penerbit.

https://twitter.com/effiaizat_/status/1060883908642856960
https://twitter.com/effiaizat_/status/1060884601810247681

Sebaik sahaja buku sampai kepada pihak penulis, penerbit dan syarikat Aiman terus sahaja meminta bayaran tanpa tarikh yang pasti. Bagaimanapun, penulis mengambil langkah bijak dengan menyemak kembali perjanjian sebelum membuat keputusan untuk menangguhkan dahulu pembayaran.

https://twitter.com/effiaizat_/status/1060885852060958720

Penulis memberitahu Aiman Banna mengenai perjanjian yang tidak lengkap dan Aiman sempat meminta maaf tetapi terus lepas tangan begitu sahaja dan membuatkan penulis agak bengang kerana hanya berurusan dengan pekerja, bukannya dengan Aiman Banna sendiri.

https://twitter.com/effiaizat_/status/1060886467663159296
https://twitter.com/effiaizat_/status/1060886605873836034

Pihak penulis tidak mahu memanjangkan isu dan membuat keputusan untuk menerbitkan sendiri buku tersebut tetapi dipersoalkan oleh Aiman Banna. Namun penulis lebih bijak dan mengambil khidmat peguam untuk membela hak mereka atas isu cetakan 5,000 naskah tanpa persetujuan.

https://twitter.com/effiaizat_/status/1060887765863124993
https://twitter.com/effiaizat_/status/1060888219347079168

Thread diakhiri dengan pesanan oleh penulis yang meminta Aiman Banna melunaskan hak penulis dan berhenti memanipulasi keadaan.

https://twitter.com/effiaizat_/status/1060888879039885315

Aiman Banna secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan di Twitter bahawa dirinya disahkan mengalami kemurungan oleh doktor. Adakah disebabkan kes ini tiba-tiba Aiman Banna ‘menderita’ kemurungan? Pada ketika ini beliau sudah menutup akaun di Twitter dan sama-sama kita nantikan jawapan daripada pihak Aiman.

https://twitter.com/aimaanbanna/status/1060742976329211905