Walaupun banyak unsur-unsur memecahkan keharmonian antara bangsa-bangsa di Malaysia baru-baru ini, kami bersyukur rakyat Malaysia masih lagi utuh membina persahabatan dan persaudaraan di antara satu sama lain.

Ikuti penulisan di bawah yang membuat kami berhenti sebenar untuk memahami realiti sebenar hubungan antara kaum di Malaysia.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Aku seorang melayu.

Isteri aku seorang india muslim.

Aku membonceng motorsikal untuk pergi kerja.

Nak elak jalan jem.

Pagi tu macam biasa aku dan bini bersiap nak pergi kerja.

“Bang, angin motor abang kurang la” kata bini aku.

“Ok, abang berenti sekejap kat kedai petronas”.

Sampai di petronas, ada dua kereta beratur untuk isi angin.

Takkan lah aku nak beratur belakang kereta tu.

Nampak macam bodoh jer.

So aku berenti sebelah kereta pertama tu.

Lepas kereta pertama tu berlalu pergi, kereta kedua terus melulu ke arah pam angin dengan laju. dia membunyikan hon kuat.

“PONNNNNNNNNNNN!”

Aku perhatikan seorang ahmoi. dia menurunkan tingkap dia,

“Hello! saya punya turn dulu ok! u wait for me la!”

“Ye ye, saya tahulah!” aku jawab.

Lepas ahmoi tu isi angin, dia pun terus blah.

Aku cakap dengan bini aku.

“Tengok tu cina perangai macam mana! berlagak! dah la menumpang duduk malaysia!” aku berkata pada bini.

“Jangan marah cina bang, ada juga yang baik” bini aku menjawab.

Balik kerja pun sama.

Tayar pancit.

Aku berhenti di stesen minyak.

Ada satu kereta sudah sampai dulu.

Seorang uncle cina.

Dia menarik hos pam kemudian menghulurkan pada aku.

“Lu isi dulu la” uncle tu mengarah aku.

“Eh, uncle sampai dulu uncle la isi.” aku cuba menolak.

“Aiya! saya punya kereta 4 tayar ma! lu punya dua saja. Saya tunggu lu sikijap, lu tunggu saya lama nanti!” jawab uncle itu.

“Baik juga uncle cina ni”. bisik hati kecil aku.

Kesimpulan: baik dan buruk bukan terletak pada warna kulit. Ia terletak pada hati.

Kredit: Malaysians Against Racism
Diolah semula untuk The Vocket.

Like The Vocket di Facebook.

Anda Mungkin Suka