Me­ngibarkan Jalur Gemilang bukan satu-satu­nya cara untuk meluahkan semangat patriotik. Terdapat pelbagai cara lain boleh ditunjukkan antaranya melalui kata-kata, pemikiran dan tindakan. Seorang yang patriotik juga bermakna ­menyumbang pandangan dan pendapat ikhlas dalam bidang tertentu yang boleh membawa kebaikan dan perpaduan kepada negara.

Mengambil kira hal ini, seorang guru yang juga pemilik akaun @keroakmal telah meminta murid-muridnya untuk menulis surat kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai aspirasi dan harapan mereka terhadap Malaysia memandangkan Sambutan Hari Malaysia akan disambut esok. Hasilnya, beliau menerima satu karangan yang sangat hebat daripada salah seorang anak muridnya yang berjaya menimbulkan rasa terharu kerana pemikiran pelajar tersebut yang matang serta positif dalam penulisan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/keroakmal/status/1172704315678478336

EEZIWPwUEAAKIJp

Melalui karangan yang ditulis oleh pelajar bernama Lukman Hakim ini, dia memfokuskan dua elemen penting iaitu keharmonian dan keamanan. Pelajar ini turut menyatakan bahawa kepelbagaian kaum adalah sesuatu yang harus dinikmati bersama. Dia juga berharap supaya rakyat Malaysia lebih memahami budaya berlainan bangsa dan tidak hanya meraikan sesuatu perayaan tanpa memahaminya terlebih dahulu. Jika nilai ini difahami oleh semua pihak, pastinya rasa kecintaan terhadap negara akan lebih bertambah.

Berikutan perkongsian guru ini di Twitter, netizen memberikan pelbagai reaksi positif atas pemikiran matang pelajar ini. Malah, perkongsian itu juga berjaya mendapat perhatian dan pujian daripada Syed Saddiq yang mahu bertemu dengan pelajar ini kerana kagum dengan pemikirannya dalam melahirkan harapannya kepada Malaysia.

https://twitter.com/naf90751574/status/1173060393066876928

Apa pula aspirasi dan harapan anda untuk Malaysia tercinta. Memandangkan esok merupakan Hari Malaysia, jom ketahui 8 Pengalaman Unik Yang Boleh Dilakukan Dengan RM1. Klik pautan di bawah.

8 Pengalaman Unik Yang Boleh Dilakukan Dengan RM1 Sempena Hari Malaysia

Kesemua Cawangan Restoran ‘Pho Street’ Tawar Promosi Sempena Hari Malaysia

Sumber