Pagi tadi dunia dikejutkan dengan kisah enjin pesawat United Airlines Boeing 777 yang meletup dan terbakar pada ketinggian 15,000 kaki sejurus sahaja berlepas dari Denver.

Berdasarkan laporan, insiden yang berlaku sewaktu dalam perjalanan ke Hawaii ini berpunca daripada kerosakan pada enjin sebelah kanan di mana pesawat berkenaan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih tragis, seorang penumpang sempat merakam detik cemas apabila enjin pesawat berkenaan terbakar sewaktu pesawat masih lagi di udara.

Meskipun diuji dengan situasi yang cemas, penerbangan UA328 yang membawa 231 penumpang serta 10 anak kapal berjaya mendarat dengan baik di mana tiada kecederaan dilaporkan membabitkan para penumpang, krew pesawat dan juga orang ramai yang berada di kawasan sekitar.

152085085_144949250808560_4966438951663856847_n
Sumber: Complex
152237046_496146948441239_7990899626243478307_n
Sumber: Complex

Detik getir yang berlaku di udara turut membuatkan serpihan bahagian badan pesawat jatuh menimpa sebuah rumah di pinggir bandar Denver membuatkan bumbung rumah mereka hancur. Nasib menyebelahi mereka apabila serpihan berkenaan jatuh hanya beberapa kaki daripada menimpa mereka.

Tular pada minggu lalu apabila seorang suami sempat berswafoto bersama isterinya yang sedang hamil 7 bulan sebelum menolaknya jatuh dari tebing bukit.

Suami Sempat ‘Selfie’ Dengan Isteri Hamil 7 Bulan Sebelum Menolaknya Jatuh Dari Tebing Bukit

Arab Saudi Tangkap Seorang Ustazah Kerana Berdakwah Dan Mengajar Al-Quran Di Rumah

Penyampai Radio Dihujani Kecaman Selepas Video TikTok Ketawakan Guru Tular

Sumber