Cermin mata merupakan barangan yang penting bagi mereka yang rabun dan gigi palsu pula penting bagi pemakainya untuk menikmati makanan mereka. Kiranya, sukar untuk menjalani kehidupan dengan ‘smooth’ tanpa alat bantuan tersebut.

Terbaharu, penumpang tren laluan Kelana Jaya didapati tertinggal gigi palsu di dalam tren. Hal tersebut telah dikongsikan pihak RapidKL di Twitter milik mereka semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemilik gigi palsu tersebut dicari untuk dikembalikan. Malah, perkongsian gambar gigi palsu tertinggal dalam tren mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang sempat berlawak mengatakan gigi palsu itu milik lelaki dalam filem Lagi-Lagi Senario dimana ada watak yang kehilangan gigi palsu ketika makan roti canai.

https://twitter.com/zaidatul2703/status/1412806320512593920

Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa pelik bagaimana gigi palsu tersebut boleh tercicir dan berasa kasihan kepada pemiliknya kerana sukar untuk makan tanpa gigi palsu tersebut.

Rata-rata netizen berharap pemiliknya akan segera ditemui kerana ia satu keperluan kepada pemiliknya dan harga gigi palsu bukanlah murah. Semoga pemiliknya dijumpai dengan kadar segera.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Miliki Wajah Yang Kacak, Segelintir Pengguna TikTok Mahu Pesalah Ini Diberi Peluang Kedua

Jual Kata-Kata Semangat Berharga 20 Sen Di Shopee, Kreativiti Peniaga Ini Buat Netizen Terhibur