Setiap kali kita berselisih dengan kenderaan yang lebih besar daripada kita, sama ada kita memperlahankan kenderaan beri untuk laluan atau memotongnya bagi mengelak daripada ‘insiden’ yang tidak diingini.

Pada lewat hari semalam tular satu rakaman video dashcam menunjukkan dua orang penunggang motosikal nyaris maut digilis oleh lori minyak apabila kedua-keduanya dibaluti dengan kain kanvas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awal rakaman video itu, kelihatan kain kanvas yang menutup bahagian belakang sebuah lori ‘berkibaran’ kerana ia tidak diikat dengan kemas. Tidak lama selepas itu, kain kanvas tersebut tercabut lalu terbang ‘membaluti’ dua orang penunggang motosikal yang berada di belakang lori tersebut.

Oleh kerana pemandangan penunggang motosikal itu terhalang, kedua-dua pemuda itu hilang kawalan lalu melanggar tayar sebuah lori minyak berhampiran dan kemudian terjatuh di tengah-tengah jalan.

Bagaimanapun dalam video tersebut kelihatan kedua-dua mangsa dilihat segera berdiri sebaik sahaja terjatuh dan lori minyak memberhentikan kenderaan di tepi jalan selepas perasan kemalangan tersebut. Namun lori yang menjadi punca kepada kemalangan tersebut dipercayai meninggalkan tempat kejadian.

Video yang tular di seluruh media sosial ketika ini telah mendapat perhatian orang ramai yang mengecam tindakan pemandu lori terbabit kerana tidak mengikat kanvas dengan kemas.

Sumber Gambar: Facebook Michael Meng
Sumber Gambar: Facebook Michael Meng
Sumber Gambar: Facebook Michael Meng
Sumber Gambar: Facebook Michael Meng
Sumber Gambar: Facebook Michael Meng

Pada masa yang sama, orang ramai turut berasa bersyukur kerana kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan yang lebih parah atau kehilangan nyawa kerana sewaktu mereka melanggar tayar lori minyak dan terjatuh, nasib mereka ‘bagai telur di hujung tanduk’.

Di samping itu, orang ramai meminta agar penunggang motosikal agar sentiasa menjaga jarak sebagai langkah berjaga-jaga setiap kali ternampak lori seperti itu kerana pelbagai kemungkinan yang tidak diingini boleh berlaku.

Netizen juga mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemandu lori serta syarikatnya atas kecuaian mereka telah menyebabkan pengguna jalan raya lain terlibat kemalangan sehingga hampir meragut nyawa mereka.

Seorang pemandu Myvi nyaris maut apabila kenderaannya dirempuh sehingga remuk teruk oleh sebuah lori pasir. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lori Pasir Hilang Kawalan Rempuh Myvi Hingga Remuk Teruk

Pemandu Myvi Kongsikan Keadaan Terkini Selepas Terselamat Daripada Kemalangan Ngeri

Sumber