Melihat kepada penampilan dan kerjayanya mungkin beliau bukan dilihat sebagai ahli agamawan, namun ramai yang tidak menyangka beliau merupakan pemilik Pusat Tahfiz Nurul Iman yang terletak di Bogor, Indonesia.

Lebih hebat, pemilik pusat tahfiz ini yang dikenali sebagai saudara Endang Irawan berjaya menampung perbelanjaan pusat tahfiz beliau berbekalkan rezeki menjadi penunggang Go-Jek. Untuk pengetahuan anda Go-Jek merupakan sebuah platform dan aplikasi seperti Grab yang dikhususkan buat para penunggang motosikal mendapatkan penumpang.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut bagaimana beliau mencukupkan kelengkapan para pelajarnya, laman Kumparan telah menemubual saudara Endang Irawan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Latar belakang pemilik Pusat Tahfiz Nurul Iman

Sumber: Kumparan

Menurut beliau, Pusat Tahfiz Nurul Iman sudah lama dibangkitkan sejak 2002 sebelum beliau menjadi penunggang Go-Jek. Beliau yang sebelum ini bekerjaya sebagai seorang mekanik telah memilih kerjaya sebagai penunggang Go-Jek hanya disebabkan satu sebab utama iaitu fleksibiliti.

Jika sebelum ini beliau terpaksa berjauhan daripada keluarga serta sukar untuk mengetahui perkembangan pusat tahfiz yang dimilikinya, kini kerjayanya membolehkan beliau melihat murid-murid serta anak-anaknya hampirs setiap hari.

Mungkin ramai yang tidak menyangka apakah kerjaya sebagai penunggang Go-Jek cukup untuk menampung perbelanjaan Pusat Tahfiz yang besar namun saudara Endang Irawan mempunyai rahsianya.

Rahsia rezeki Endang Irawan yang melimpah

Endang Irawan bersama para pelajar Pusat Tahfiz Nurul Iman

Salah satu rahsia dan kunci utama yang dipegang saudara Endang Irawan adalah yakin dengan rezeki pemberian tuhan. Katanya, beliau akan mula mencari rezeki sebagai penunggang Go-Jek seawal selepas solat subuh dan akan pulang ke rumahnya pada jam 8 malam.

Beliau juga sebolehnya tidak akan memilih pilihan penumpang yang berminat untuk menunggang Go-Jek sama ada dekat atau jauh. Keikhlasan beliau dalam menjalankan tugas antara yang membuatkan beliau sering menerima wang tambahan daripada para penunggannya.

Menurut Endang Irawan, sehingga ke saat ini beliau tidak menyangka rezeki yang diterimanya berjaya untuk mencukupkan kelengkapan 126 anak murid di pusat tahfiz yang dibangunkannya.

Bagaimana dana sebagai penunggang Go-Jek diagihkan

hejhkhudnmbl1qp1aho7

Meskipun Pusat Tahfiz yang dimilikinya merupakan pusat swasta yang mengenakan bayaran bulanan yang kecil, beliau turut menawarkan pendidikan dan kelengkapan percuma buat para pelajar yang berminat untuk mendalami agama namun tidak berkemampuan.

Bagi membolehkan perbelanjaan pusat tahfiz beliau berjalan dengan lancar, saudara Endang Irawan akan membahagikan rezeki yang diterima sebagai penunggang Go-Jek kepada empat bahagian.

Satu bahagian dikhususkan buat anak muridnya, satu bahagian bagi membayar kelengkapan pusat tahfiz dan selebihnya untuk diri dan keluarganya.

v4avtbdvbvbgqmvzwu8t

Tahniah kami ucapkan buat saudara Endang Irawan. Anda berjaya membuktikan bekerjaya apa sekalipun berjaya untuk membangunkan sebuah pusat tahfiz asalkan dengan niat yang baik serta kerajinan yang tinggi.

Kami tertarik dengan kata-kata Endang Irawan yang begitu yakin dengan rezeki pemberian tuhan maka beliau tidak akan risau selagi mana beliau berusaha bagi mencukupkan makan minum dan kelengkapan 126 pelajar di pusat tahfiz milik beliau.

Semoga lebih ramai yang berjaya mendapat pengajaran dan inspirasi daripada kerjaya dan hasil usaha lelaki ini. Buat anda yang melakukan sebarang amal jariah, tidak mengapa jika anda mulakan dengan bersedekah secara kecil-kecilan terlebih dahulu sebelum berpihak untuk membangunkan berbelanja dengan lebih besar untuk tujuan agama.

Sumber