Sejak semalam tular perkongsian video menunjukkan seorang anggota polis trafik dipercayai menumbuk seorang penunggang motosikal di dalam satu sekatan jalan raya.

Kejadian berkenaan difahamkan berlaku di laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan pada Jumaat antara jam 8.00 hingga 9.00 pagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian daripada kejadian tersebut bukanlah apa yang berlaku seperti dirakam di dalam video, namun apa yang tidak ditunjukkan dalam video berkenaan.

Menurut laporan Kosmo yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah (KPD) Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal kejadian berkenaan sebenarnya bukannya sahaja melibatkan lelaki berkenaan tetapi isterinya juga turut membonceng motosikal dalam kejadian berkenaan.

“Dalam kejadian ini, sebuah motosikal yang ditunggang sepasang suami isteri warganegara tempatan cuba melarikan diri daripda sekatan jalan raya tersebut.

“Semasa melarikan diri, penunggang tersebut telah melanggar kaki salah seorang anggota yang bertugas,” katanya.

Bukan sahaja isterinya turut membonceng motosikal ketika kejadian di mana beliau difahamkan cuba melarikan diri, namun apa yang mengejutkan adalah beliau mempunyai sehingga 58 saman membabitkan pelbagai kesalahan trafik lampau.

Kesimpulannya, apa yang ditunjukkan dalam video tular berkenaan adalah bukan keseluruhan cerita yang berlaku.

Lelaki berkenaan pertamanya difahamkan cuba melarikan diri di sekatan jalan raya, melanggar kaki anggota polis,(di mana isterinya turut membonceng motosikal ketika itu) dan beliau turut mempunyai 58 saman lampau selain turut disaman atas pelbagai kesalahan pada semalam.

Nik Ezanee bagaimanapun memberitahu tindakan polis seperti yang dirakam itu masih akan disiasat pihaknya di mana kertas inkuiri polis telah pun dibuka.

Jelasnya lagi, tindakan dari sudut undang-undang juga akan diambil sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan pegawai dan anggota mereka.

Lelaki berkenaan yang dipercayai dikasari dalam video berkenaan bagaimanapun difahamkan masih belum dikenalpasti dan belum tampil membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut.

Baca juga perkongsian kami mengenai keadaan semasa pusat kuarantin di MAEPS Serdang yang menimbulkan kegusaran orang ramai melalui pautan di bawah. 

Padat Dengan Pesakit COVID-19, Netizen Bimbang Lihat Keadaan Pusat Kuarantin MAEPS Serdang

Suami Tampil Jelaskan Apa Sebenarnya Yang Dibuang Isteri Dari Dalam Kereta

https://www.thevocket.com/malaysia-merekodkan-32-3-juta-kenderaan-bermotor-pada-2020/

Sumber