“Bila kita hati-hati, orang lain pula tak berhemah memandu.” Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh Ieda Leenda, isteri kepada penunggang motosikal yang dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Dalam video yang dikongsikan di Facebook itu, tindakan kereta pacuan empat roda dipercayai model Ford Ranger memotong dari sebelah kiri dengan terburu-buru itu berjaya dirakam oleh dash cam salah seorang pengguna jalan raya yang lain.

Cubie
HYPE
Oven ‘Ajaib’ Ini Bakal Bantu Anda Hasilkan Makanan Terbaik Setiap Hari
Baca lagi →

Bile kite hati2,org lain plk x berhemah memandu.suami kene langgar baru tadi

Posted by Ieda Leenda on Saturday, 18 January 2020

Dalam minit 1.06 saat rakaman tersebut, kereta pacuan empat roda itu dilihat datang dari belakang dengan kelajuan yang tinggi dan merempuh suaminya yang ketika itu berada di lorong paling kiri.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di lebuh raya sekitar Bangi menghala ke Kuala Lumpur pada semalam.

Isterinya, Ieda Leenda ketika dihubungi The Vocket bagaimanapun memberitahu suaminya itu tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan hanya mengalami kelukaan yang teruk.

“Setakat ini, pemilik kereta tidak ada menghubungi kami.

“Laporan polis sudah dibuat, kita serahkan saja kepada pihak polis,” katanya kepada The Vocket.

Netizen yang meninggalkan komen balas di kiriman tersebut juga terkejut dengan tindakan tidak bertanggungjawab kereta pacuan empat roda itu.

4×4

Setidaknya, pemandu tersebut perlulah menyedari kesilapan yang dilakukannya dan berhenti untuk memberikan pertolongan kepada si mangsa dan bukannya terus memecut laju.

Baca kisah lelaki ini yang menangis selepas terserempak dengan keluarga OKU pendengaran ketika dalam perjalanannya di lebuh raya. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Dua Kali Menangis, Lelaki Ini Kongsi Kisah Sayu Bantu Keluarga OKU Di Lebuh Raya

Sikap Muafakat Yang Ditunjukkan Adik Ini Buat Uncle Cina Bergenang Air Mata

Cuma Kenderaan Elektrik Bakal Dibenarkan Di Ibu Negara Terbaharu Indonesia

 

 

Anda Mungkin Suka