Setiap kali kita ternampak sekatan jalan, pasti kita berasa sedikit bimbang. Lebih-lebih lagi jika kita tahu ada kesalahan melibatkan undang-undang jalan raya yang dibuat.

Baru-baru ini seorang penunggang motosikal di Indonesia telah membuat orang ramai berasa geli hati apabila dia berpura-pura pengsan selepas gagal cubaan melarikan diri daripada sekatan jalan raya sehingga nyaris melanggar kenderaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/ndagels/status/1549692882298097669

Polis segera menghampiri lelaki yang terjatuh itu dan segera mengherdiknya menyatakan penunggang motosikal itu hanya berpura-pura pengsan.

Menurut juruberita yang melaporkan insiden yang berlaku di Jakarta itu, lelaki terbabit yang bernama Rahmat mengakui dia panik apabila melihat ada sekatan jalan raya di hadapannya.

Jadi dia berpura-pura pengsan supaya terlepas daripada ditahan atas kesalahan yang dibuat apabila tidak membawa ‘lesen’ untuk menunggang motosikal pada ketika itu.

Insiden itu pasti terpahat dalam memori Rahmat buat selama-lamanya. Nak larikan diri tak lepas, sebaliknya dapat sakit, malu dan surat saman yang perlu dijelaskan kepada pihak berkuasa.

Dalam kisah lain pula, seorang lelaki ditampar selepas menunaikan solat gara-gara tidak palingkan muka semasa bersalam dengan jemaah lain. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Gara-Gara Tidak Palingkan Muka Sewaktu Salam, Seorang Lelaki Ditampar Pesara Tentera TLDM

Honda Civic Type R Warga Singapura Hilang Ditemui Semula, Empat Ditahan Untuk Bantu Siasatan

Akui Mampu Berbini Dua Dengan Gaji RM1,500, Luahan Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen