Bermula musim luruh ini, kesemua kad pelajar penuntut di University of Alabama akan digantikan dengan penggunaan Apple Watch atau iPhone.

Dengan adanya teknologi ini, pelajar boleh mengakses penggunaan perpustakaan, asrama, dobi mahupun pembelian makanan. Penggunaan teknologi ini disahkan sendiri oleh pihak Apple yang membenarkan teknologi ini untuk digunakan oleh pelajar secara percuma.

Teknologi ini bukan sahaja digunakan di University of Alabama bahkan juga di universiti yang lain seperti Duke University, The University of Oklahoma dan bakal diteruskan di beberapa buah lagi univerisiti iaitu Johns Hopkins University, Santa Clara University dan Temple University menjelang hujung tahun ini.

Mungkinkah institusi pendidikan di Malaysia akan mengikut jejak universiti di Amerika Syarikat yang menggunakan teknologi canggih begini?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group