Aktiviti pelancongan yang tidak terkawal sebelum ini sememangnya meninggalkan impak besar terhadap ekologi di Maya Bay. Sebelum ini, secara purata Maya Bay akan menerima sehingga 5,000 pengunjung dalam masa sehari sehingga membuatkan terumbu karang dan hidupan laut yang lain terancam.

Setelah pertama kali diumumkan tutup sekitar bulan April tahun lalu, pihak berkuasa mengambil keputusan untuk memanjangkan tempoh penutupan sehingga tahun 2021 nanti. Keputusan ini diambil berdasarkan hasil kajian oleh sekumpulan saintis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Beach holiday
Sumber: NZ Herald

Sebelumnya usaha pemuliharaan Maya Bay sudah mula menunjukkan perubahan positif apabila sekumpulan ikan jerung sudah mula kembali ke destinasi pelancongan terkenal tersebut.

Pihak berkuasa tempatan percaya penambahan tempoh penutupan ini mampu mengembalikan semula ekosistem yang telah rosak akibat aktiviti pelancongan yang tidak tekawal dahulu.