Pihak berkuasa Bangladesh telah mula memindahkan ribuan pelarian Rohingya ke sebuah pulau terpencil walaupun terdapat desakan dari kumpulan hak asasi manusia untuk menghentikan langkah tersebut, lapor 10 News.

Difahamkan, kumpulan hak asasi manusia mendakwa langkah berkenaan dilaksanakan dengan cara paksaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kem pelarian berhampiran bandar Cox’s Bazar yang kini dihuni oleh beribu pelarian didakwa sesak dan tidak bersih. Ia dipenuhi dengan penyakit dan jenayah terancang yang semakin meningkat. Manakala sistem pendidikan pula terhad dan pelarian tidak dibenarkan bekerja.

Bagaimanapun, keengganan kaum Rohingya yang tidak mahu kembali ke negara asal telah membuakkan rasa tidak puas hati kerajaan Bangladesh, lapor Harian Metro.

Pada hari Khamis lalu, 11 bas penumpang yang membawa pelarian meninggalkan daerah Cox’s Bazar dan menuju ke pulau itu. Salah seorang pegawai kerajaan yang terlibat dengan proses itu mendakwa bahawa mereka tidak diberitahu bagaimana proses penempatan ini dipilih.

Dia yang dilarang bercakap kepada media oleh kerajaan Bangladesh mengatakan bahawa ribuan pelarian berada di kelompok pertama.

Media asing dilaporkan tidak dibenarkan mengunjungi pulau itu, yang dipanggil Bhashan Char, atau pulau terapung. Pulau itu dikatakan terdedah kepada kejadian taufan dan banjir.

Antara kemudahan yang terdapat di sana adalah tembok perlindungan banjir, rumah, hospital dan masjid yang dibangunkan dengan biaya lebih dari $ 112 juta oleh angkatan laut Bangladesh.

Terletak 21 batu (34 kilometer) dari daratan, pulau ini muncul pada 20 tahun yang lalu dan tidak pernah dihuni.

Bagaimanapun, sejak pertama kali cadangan penempatan semula ke pulau terbabit diusulkan pada tahun 2015, agensi bantuan antarabangsa dan PBB menentang keras cadangan tersebut atas alasan takut dengan kejadian ribut besar yang akan membahayakan ribuan nyawa.

Pekerja kesihatan di Cox’s Bazar dan pelarian yang sebelum ini telah mengunjungi pulau itu menyatakan kebimbangan mengenai kekurangan penempatan kesihatan di pulau itu.

Untuk rekod, seorang pelarian yang mengunjungi pulau itu pada bulan September lalu berkata “jika ada yang jatuh sakit, pilihan terdekat adalah hospital yang paling minimum tiga jam perjalanan dengan kapal,” katanya kepada Human Right Watch.

Terdahulu, mahkamah antarabangsa telah memerintahkan Myanmar untuk menghentikan genosid. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kemenangan Buat Muslim Rohingya, Mahkamah Antarabangsa Perintah Myanmar Hentikan Genosid

Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Setuju Jika Kaum Muslim Rohingya Ditempatkan Di Negara Ini

‘Bunuh Mereka Semua!’ – Dua Tentera Myanmar Mengaku Dapat Arahan ‘Bersihkan’ Muslim Rohingya