Apa itu penyakit kemurungan major (Major Depressive Disorder – MDD). Saya bukan major dalam psikiatri, jadi mungkin artikel ini tidak berapa lengkap. Kalau ada maklumat tambahan saya alu alukan.

Semenjak kebelakangan ini isu kemurungan hangat dibincangkan. Beberapa kes kematian bunuh diri antaranya Chris Cornell, Chester Bennington, Chris Benoit dan Robbin William didakwa turut dikaitkan dengan penyakit kemurungan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

MDD mempunyai beberapa kriteria yang khusus, antaranya kemurungan secara berterusan sekurang-kurangnya 2 minggu. Penghidap akan berada dalam keadaan lemah semangat, tidak bermaya, tidak berselera untuk makan sukar tidur atau terlebih tidur.

Tidak ada lagi keseronokan dalam menjalani kehidupan. Perkara perkara yang sebelum ini digemarinya, kian menjadi hambar. Mereka mengasingkan diri dari kelompok ramai. Fikiran mereka bercelaru, tidak ada keyakinan dalam diri, masa depan semakin kelam tanpa sebarang tanda kebahagiaan akan muncul.

Sesetengah akan mengalami halusinasi seperti mendengar suara hati yang berbisik untuk melakukan sesuatu yang extreme seperti mencederakan diri atau membunuh diri. Halusinasi adalah sesuatu yang kompleks, kerana penghidap seolah olah terpukau dengan suara hati mereka sendiri, tanpa menyedari ia adalah salah.

Kriteria utama MDD ialah semua simptom ini mestilah mengganggu fungsi harian penghidap, termasuk mengancam nyawa mereka.

“Saya stress kena marah dengan boss di tempat kerja. Saya ada kemurungan! ”

Seperti yang saya cakap di atas, MDD akan menjejaskan fungsi minda penghidap. Bila kena marah dengan boss, mood kita akan spoiled sekejap. Esoknya kita dah boleh menjalankan tugas seperti biasa. Ada beberapa diagnosis lain yang kelihatan seakan akan MDD :

1. Adjustments disorder 

Tekanan akibat berlaku perubahan dalam hidup. Seperti berpindah tempat kerja, jatuh bankrupt, penceraian dan sebagainya. Pesakit tiada kecenderungan membunuh diri. Kemurungan juga akan hilang bila pesakit sudah dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru.

2. Dysthymia

Kemurungan minor tapi berterusan selama bertahun tahun. Tidak menjejaskan aktiviti harian. Tiada perubahan dalam selera makan, jadual tidur dan pemikiran.

3. Acute stress reaction

Berpunca apabila pesakit mengalami kejadian yang besar yang menakutkan dalam hidup. Sebagai contoh rogol, cubaan dibunuh, perang, kemalangan jalan raya. Simptom seakan akan MDD, tapi akan hilang dalam tempoh sebulan dari kejadian berlaku.

4. PTSD

Apabila no 3 berterusan jangka panjang melebihi sebulan, diagnosis akan bertukar dari acute stress reaction kepada post traumatic stress disorder.

kemurungan-1

Perbezaan antara MDD dan 4 penyakit diatas adalah MDD tiada sebab khusus. Walaubagaimanapun 4 penyakit tersebut jika tidak ditangani dengan betul boleh menyumbang kepada MDD. MDD juga dikaitkan dengan faktor genetic, psychosial hidup, penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, cancer ataupun penyalahgunaan dadah dan alcohol.

Dalam beberapa kes bedah siasat melibatkan bunuh diri, saya mendapati kemurungan adalah nyata dan membahayakan. Suicide in depression tidak sama macam cubaan bunuh diri akibat kantoi boyfriend ada akaun Facebook palsu .

Cara bunuh diri di kalangan pesakit MDD sangat berkesan! Gantung diri, tembak diri, terjun bangunan. Bukannya telan klorok suku camca, kelar kulit tangan guna pisau tumpul ataupun hidu racun serangga.

Mereka bukan acah acah attention seeking. Mereka buat di kawasan yang sunyi dan disengajakan supaya tidak ada orang akan mengganggu mereka. Mereka melakukannya bukan kerana tekanan, mental koyak, hati tisu atau merajuk! Mereka tidak takut mati. Dan ini adalah tidak normal dan perlukan bantuan pakar.

Pembunuh diri akibat MDD bukan pengecut. Mereka tidak sedar apa yang mereka fikir kan dan lakukan. Semoga tuhan mengampunkan kesalahan mereka.