Satu orang telah meninggal dunia dan beratus orang sakit disebabkan penyakit misteri yang muncul secara tiba-tiba di India. Penyakit ini, difahamkan bukan coronavirus, ia pertama kali dikesan di selatan India, Andhra Pradesh, lapor The Guardian.

Doktor menyatakan lebih daripada 400 pesakit yang dimasukkan ke hospital mengalami gejala seperti loya, kegelisahan dan hilang kesedaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Semua pesakit, yang berbeza umur telah diuji negatif dari wabak COVID-19, serta penyakit lain seperti denggi, chikungunya atau herpes. Setakat ini, ujian yang dijalankan belum menemui sebarang jawapan.

Pihak berkuasa juga telah menguji sampel air di daerah itu, namun hasilnya tidak menunjukkan tanda-tanda pencemaran.

Seorang pegawai perubatan di Hospital Kerajaan Eluru memberitahu akhbar The Indian Express, “Mereka yang jatuh sakit, terutama kanak-kanak, tiba-tiba muntah setelah mengadu rasa terbakar di bahagian mata.”

Lad Bible melaporkan bahawa ketua pembangkang N. Chandrababu Naidu telah menuntut agar ‘siasatan yang tidak berat sebelah’ terhadap punca kejadian bagi melihat sama ada orang lain berisiko atau pun tidak.

“Dengan lebih daripada beratus orang yang terjejas sekarang, keadaan di Eluru semakin buruk. Saya menuntut siasatan penuh mengenai kejadian itu. Banjir, taufan atau penjagaan kesihatan, Kerajaan YSRCP telah ditangkap tidur dalam situasi kecemasan,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.

Kejadian misteri ini terjadi semasa Andhra Pradesh sedang menangani pencemaran wabak COVID-19. Kawasan ini adalah yang paling teruk terjejas di India, dengan lebih daripada 800,000 jangkitan.

Untuk rekod, India adalah negara ketiga terburuk selepas Amerika Syarikat dan Brazil dari segi kematian akibat wabak COVID-19.

Terdahulu, seorang saintis mendakwa bahawa cara hidup yang kotor buat rakyat India kebal daripada COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Saintis Dakwa Cara Hidup Yang Kotor Buat Rakyat India Kebal Daripada COVID-19