Pada petang semalam pengacara dan pelakon terkenal, Janna Nick ada berkongsi rakaman dashcam di mana seorang lelaki diseret di atas jalan raya semasa berpaut pada pintu pemandu Perodua Myvi sewaktu dia dalam perjalanan pulang dari gim.

Harian Metro melaporkan, mangsa merupakan seorang penyampai berita, Khairul Rizuan Azizan cedera akibat diseret ketika cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana, di sini, semalam.

@

♬ –

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, mangsa mengalami luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan akibat diseret kereta Perodua Myvi dipandu suspek yang bertindak melarikan diri.

Katanya, ketika kejadian, dia meletakkan kereta Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke sebuah kedai serbaneka di lokasi terbabit.

“Sebaik tiba kedai serbaneka itu, saya mendapati premis berkenaan tutup dan kembali semula ke kereta.

“Ketika itu, saya melihat seorang lelaki memakai jaket sedang menendang tingkap bahagian penumpang hadapan kereta saya,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu juga dilihat mengambil beg miliknya yang ditinggalkan di dalam kereta.

Sumber Gambar: Instagram @jannanick

“Saya kemudian menjerit ke arah lelaki terbabit menyebabkannya membaling beg itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

“Saya cuba mengejar dan sempat menumbuk mukanya yang ketika itu sudah berada di dalam kereta.

“Namun, suspek bertindak memecut kereta menyebabkan saya terseret di jalan sebelum dapat melepaskan diri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung kejadian itu.

Sumber Gambar: Instagram @jannanick

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan mangsa cedera ringan dalam kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM500.

Beliau juga menyatakan usaha mengesan suspek dalam kes itu sedang giat dijalankan dan prang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662176 untuk membantu siasatan.

Dalam kisah lain pula, seorang lelaki dimaki hamun bekas pasangannya selepas kantoi berbohong keluar bersama dengan lelaki lain. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Dah La Gemuk, Muka Pun Tak Ada’ – Perempuan Maki Teman Lelaki Selepas Kantoi Curang

Pelanggan Kongsi Cerita Dipukul Beberapa Pekerja Restoran Nasi Kandar Popular Di Negeri Sembilan

‘Hari Raya Yang Menyedihkan’ – Wanita Ini Sedih Baju Raya RM20,000 Rosak Terkena Kuah Sate

Sumber