Beberapa hari lalu, tular di sosial media sebuah video yang mendakwa bahawa minyak masak bersubsidi dari Malaysia dikesan dijual secara meluas di negara jiran Thailand.

Video yang berdurasi beberapa saat di laman TikTok itu mendapat kritikan netizen dengan sebahagian mendakwa terdapat individu dalam agensi kerajaan yang tidak amanah sehingga minyak masak yang sepatutnya dijual kepada rakyat Malaysia sampai ke negara jiran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak cukup dengan itu, beberapa hari lalu juga, sebuah halaman Facebook dengan nama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami mendakwa bahawa terdapat lambakan minyak bersubsidi sudah dijual di Thailand.

“Seronoknya penyangak kumpul hasil tanah milik rakyat Malaysia. Penyangak untung atas angin.

“Di Golok minyak masak kita dijual dgn harga (50Bath) RM7.00/paket berbanding dgn minyak keluaran negara Siam pada harga RM10.30 (77Bath),” kata hantaran terbabit.

Tambah halaman Facebook itu lagi, pihak kartel ini mengaut keuntungan sebanyak RM2.00 dengan menjual mintak subsidi Malaysia ke negara jiran.

“Bayangkan jika setiap bulan dapat lepas 1juta pack masuk Siam. Berapa pihak2 kartel ni kaut keuntungan dari duit subsidi rakyat Malaysia.”

Bagi menguatkan lagi ura-ura yang mendakwa bahawa minyak masak bersubsidi Malaysia banyak dijual di Thailand, seorang wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamrudin telah berkunjung ke Sungai Golok, Thailand yang bersempadan dengan negeri Kelantan.

Melalui tinjauan beliau dan laporan yang dimuat naik di Premium Sinar Harian, bukan sahaja minyak masak peket bersubsidi seberat satu kilogram (kg), malah minyak masak botol seberat lima dan 10kg turut dijual dan boleh didapati dengan begitu mudah tanpa sebarang had pembelian.

Tambah beliau lagi, para pembeli boleh mendapatkan minyak masak secara borong kerana stok minyak masa dari Malaysia banyak dan sentiasa ada.

Taktik licik para peniaga di Sungai Golok juga dapat dikesan apabila mereka hanya meletakkan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit di hadapan kedai, tetapi sebenarnya stok yang disimpan di dalam kedai masih banyak dan hanya dikeluarkan sekiranya ada pembeli yang bertanya.

Elaun pengerusi FELDA naik kepada RM480,000 ditengah-tengah isu subsidi minyak dimansuhkan? Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Elaun Pengerusi FELDA Naik Kepada RM480,000 Ditengah-Tengah Isu Subsidi Minyak Dimansuhkan?