Penyanyi rock alternatif wanita, Dolores O’Riordan meninggal dunia di usia 46 tahun secara mengejut di London semalam. Dolores merupakan penyanyi utama untuk kumpulan The Cranberries.

Nyata ramai yang terasa dengan pemergian penyanyi dari Ireland ini yang terkenal dengan suara uniknya. Beliau adalah adalah salah satu penyanyi wanita yang sangat terkenal pada tahun 1990an dan lagu hit beliau bersama The Cranberries, Zombie nyata menjadi salah satu lagu terbaik di era 90an.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ahli kumpulan The Cranberries, Noel dan Mike Hogan, serta Fergal Lawler juga terkesan dengan pemergian Dolores ini. “Kami sangat sedih berita pemergian rakan kami ini. Beliau adalah salah seorang penyanyi yang sangat berbakat dan sesuatu yang hebat apabila dapat bersama-sama beliau sejak 1989 apabila kami sama-sama menubuhkan The Cranberries. Dunia telah kehilangan satu artis berbakat hari ini,” terang mereka dalam satu kenyataan.

Kesihatan Dolores mula menyusut sejak 2017 dan The Cranberries terpaksa membatalkan konsert jelajah mereka pada tahun lalu. Dolores turut disahkan mengidap penyakit bi-polar pada tahun 2014.

the cranberries
Dolores bersama The Cranberries

Presiden Ireland, Michael Higgins turut mengeluarkan kenyataan mengenai kematian Dolores ini. “Ianya satu berita yang menyedihkan apabila saya mengetahui kematian Dolores, penyanyi hebat yang berasal dari Ireland. Beliau dan The Cranberries banyak menaikkan nama muzik pop dan rock Ireland ke mata dunia. Kematian beliau adalah satu kehilangan besar kepada kita,” jelas Michael.

Pemergian ratu rock tahun 90an ini nyata tidak dapat diganti. Banyak lagu hebat daripada The Cranberries ini sebenarnya untuk anda yang hanya tahu dengan lagu Zombie sahaja. Di sini kami kongsikan beberapa lagu hebat The Cranberries untuk anda dengar hari ini.

Sumber