Pada tahun ini kita dikejutkan dengan kematian mengejutkan dua selebriti yang dikenali ramai iaitu Abam Bocey dan Ashraf Sinclair. Terbaharu, Glenn Fredly yang popular dengan lagu hits ‘Januari’ dilaporkan telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 6 petang ini.

Laporan kematian beliau turut disahkan oleh rakan rapat beliau yang juga penyanyi iaitu Tompi. Mendiang yanb berusia 44 tahun dilaporkan meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta akibat penyakit meningtis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan, Glenn Fredly baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada tahun lalu bersama Ayu Mutia pada tahun lalu serta menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada Februari lalu.

Berita kematian Glenn Fredly ternyata mengejutkan pelbagai pihak termasuk rakan-rakan artis di Indonesia yang turut berkongsi rasa dukacita menerusi akaun Instagram.

https://www.instagram.com/p/B-uJe2sphL6/

https://www.instagram.com/p/B-uN-96A9JL/

Kami kongsikan dua lagi artis yang turut meninggalkan kita dalam keadaan mengejut pada tahun ini iaitu Ashraf Sinclair dan Abam Bocey.

Pelakon Malaysia Dan Indonesia, Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia