Seorang penyanyi di Amerika Syarikat telah menghabiskan hampir USD$ 24 juta atau bersamaan hampir RM95 juta untuk berlian merah jampu yang dipamerkan dibahagian dahinya.

Penyanyi itu adalah Lil Uzi Vert yang berasal dari Pennsylvania. Dalam satu muat naik di laman Instagram milik beliau, dia menunjukkan berlian yang ditatahkan dibahagian dahinya.

“Kecantikan adalah kesakitan”, katanya di bahagian kapsyen di video Instagram yang dimuat naik.

Dia menyatakan bahawa telah menghabiskan empat tahun terakhir untuk membayar secara ansuran permata – antara 10 dan 11 karat – tersebut, lapor The New York Post.

Dan apabila salah seorang peminat menyatakan bahawa lebih baik dijadikan cincin daripada meletakkan berlian tersebut di dahi. Lil Uzi membalas bahawa dia lebih selesa untuk diletakkan di dahi dan jika hilang, dia sudah melindunginya dengan insurans.

Namun apa yang berjaya menarik minat orang ramai adalah Lil Uzi kini disamakan dengan salah seorang watak Vision di dalam filem Marvel.

Dalam salah satu adegan di filem Avengers : Infinity War 2018, watak antagonis, Thanos telah bertindak membunuh Vision dengan merobek Batu Minda yang berada di dahinya.

Salah seorang netizen meminta Lil Uzi untuk berhati-hati kerana dia sekarang sudah menjadi sasaran Thanos, “Dia akan datang mengambil batu itu dari kamu,” katanya.

Namun apa yang dilakukan oleh Lil Uzi bagi sesetengah orang adalah sangat merugikan. Tambahan pula dunia sekarang sedang berada dalam fasa ekonomi yang sangat teruk dengan ramai orang yang dibuang kerja, “lebih baik kamu habiskan $24 juta itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat,” kata salah seorang pengguna Facebook.

Terdahulu, Marvel difahamkan akan meneruskan perancangan Black Panther 2 tanpa kelibat Black Panther. Klik pautan di bawah.

Marvel Teruskan Perancangan Black Panther 2 Tanpa Kelibat Black Panther

Marvel Secara Senyap Sudah Beri ‘Hint’ Kewujudan Watak X-Men Sejak 2013 Lagi

Marvel Studios Kongsi Klip Eksklusif ‘Loki’

Anda Mungkin Suka