Penyanyi terkenal pada tahun 1980-an, Dato’ Hj. Mohd Nasir bin Abd. Wahab atau lebih popular dengan nama Nassier Wahab telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi pada pukul 12.45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada usia 57 tahun.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menurut laporan Berita Harian, Nassier telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri pada Julai lalu. Disebabkan itu, arwah melakukan rawatan lanjutan seperti radioterapi dan kimoterapi di pusat perubatan yang sama.

Menurut pembantu peribadinya, Ariff Salim memberitahu, arwah dimasukkan semula ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menambah darah  kerana kelihatan begitu pucat pada Selasa lalu.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, Keadaan Nassier menjadi lebih teruk apabila dia muntah darah yang banyak sehinggalah disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Hal ini telah dikongsikan oleh rakan bidang seni, Fauziah Ahmad Daud, Ezzad Lazim dan beberapa kenalan lain di akaun media sosial mereka. Salam takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah.

Dikepilkan beberapa artikel tentang selebriti terkemuka yang telah pergi buat selama-lamanya. Klik pautan di bawah unyuk bacaan lanjut.

Bekas Pemain Drum Search, Yazit Ahmad Meninggal Dunia

Saleem Iklim Meninggal Dunia

‘Dark Side’ Industri K-Pop Dan Kerangkanya Yang Rosak