Taniah diucapkan kepada pasukan R.AGE yang telah dinobatkan sebagai kumpulan wartawan muda terbaik di dunia oleh World Association News­papers and News Publishers (Wan Ifra) baru-baru ini.

Buat pengetahuan anda, R.AGE ini merupakan sekumpulan wartawan muda dari Malaysia di bawah naungan The Star yang banyak membongkar berita-berita penting secara lebih mendalam dan serius. Contohnya seperti siasatan terhadap isu pedofilia baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
kontentempatan
Pasukan R.AGE

Majlis anugerah ini melibatkan semua penerbitan dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Belanda, Perancis, Belgium, Hong Kong dan Afrika Selatan. Satu majlis penganugerahan akan diadakan pada 1 Disember nanti bertempat di Washington DC di mana anugerah tersebut akan disampaikan kepada pasukan R.AGE.

Menurut petikan dari laman web Wan Ifra, banyak yang boleh dipelajari daripada Malaysia dalam bidang kewartawanan terutama daripada pasukan R.AGE. Ini merupakan inisiatif yang baik oleh kumpulan media The Star khasnya kepada golongan muda.

Syabas pasukan R.AGE kerana telah berjaya mencipta satu lagi formula dan strategi baru dalam bidang kewartawanan media digital. Selamat maju jaya!

Baca lagi: Bagaimana R.AGE menyamar jadi budak perempuan 15 tahun di WeChat untuk siasat Pedophile

Sumber