Bagi anda yang membesar dengan karya Hamka, anda pasti pernah membaca dan menonton filem Tenggelamnya Kapal van der Wijck yang berkisarkan pertemuan antara dua budaya di antara Zainuddin dan juga Hayati. Kami juga yakin anda juga ‘menghafal’ dialog yang paling popular di dalam karya terbabit yang dilontarkan oleh Zainuddin; “Demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya.

Terbaru, melalui laporan berita Detik, pasukan penyelidikan dari Pusat Pemuliharaan Warisan Budaya Jawa Timur (BPCB) mendakwa telah menjumpai bangkai kapal lagenda yang tenggelam pada 20 November 1936 sewaktu melakukan perjalanan dari Surabaya ke Batavia. Penyelidik berkata bahawa antara bahagian kapal yang dijumpai adalah cerobong wap, cerucuk, tangga dan peti kargo di bahagian belakang bangkai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kapal yang ditemui 17 batu dari Pelabuhan Brondong, Lamongan, pada kedalaman 54 meter telah menjadi subjek penting buku yang ditulis oleh penulis terkenal Indonesia, iaitu Hamka. Pada hari kejadian, dari 223 penumpang hanya 153 sahaja yang berjaya diselamatkan, manakala 70 orang lagi hilang. Kapal yang mempunyai panjang sekitar 123 meter dan lebar 20 meter tersebut difahamkan tenggelam dengan cepat hanya dalam masa enam minit dan puncanya masih lagi menjadi misteri.

Melalui dokumentasi sejarah, Kapal van der Wijck dianggap antara kapal moden dan indah pada saat itu. Namanya diambil sempena nama Jonkheer Carel Herman Aart van der Wijck, Gabenor Jeneral Hindia Belanda. Antara teori yang popular penyebab kepada tenggelamnya kapal ini adalah sewaktu hari kejadian, ia membawa batang besi sehingga terlebih muatan.

Pasukan penyelidik BPCB mula mencari van der Wijck sejak 29 April tahun ini. Sebanyak 25 orang dari BPCB, Kantor Pelancongan dan Kebudayaan Lamongan, Polis Udara dan Air, dan nelayan bekerja dalam usaha untuk mencari bangkai kapal tersebut di sepanjang perairan Lamongan. Lokasi bangkai kapal tersebut diperoleh oleh pasukan dari dokumentasi sejarah. Menurut laporan pada April lalu, hari pertama pencarian, penyelam sudah berjaya menjejak lokasi bangkai kapal itu.

Matlamat asal penyelidikan tersebut adalah untuk mendokumentasikan bangkai kapal lagenda tersebut. Hasilnya nanti akan digunakan untuk merancang tindakan lanjut bagi memeriksa adakah benar kapal itu sebahagian daripada kapal van der Wijck. Selain itu, pasukan penyelidik juga mahu melindungi kapal tersebut dari pemburu harta karun. Difahamkan banyak bangkai yang tersadai di perairan terbabit sejak Perang Dunia II dan kebanyakan bangkai kapal tersebut telah dipotong serta dijual oleh pemburu harta karun.

Tenggelamnya kapal van der Wijck bukanlah satu dogengan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Bukan Satu Dongengan

Mesej Di Sebalik Nama-Nama Watak Dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Saya Baru Habis Baca Novel ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ Dan Ini Apa Yang Saya Rasa