Pedang raksasa ‘pembunuh syaitan’ sepanjang tujuh kaki lima inci (2.3m) yang terkubur selama lebih 1,600 tahun telah ditemui di Jepun. Senjata besi itu ditemui didalam sebuah kubur yang terletak di Tomio Maruyama sebuah bandar purba di Nara, selatan Honshu, kira-kira enam jam memandu dari Tokyo.

Senjata yang bersaiz besar itu dipanggil pedang Dako. Ia tidak pernah digunakan untuk mempertahankan diri tetapi berfungsi sebagai alat perlindungan daripada kejahatan yang datang selepas kematian. Lebih 80 pedang pembunuh syaitan telah ditemui di sekitar Jepun, namun ini adalah yang paling besar dan tertua.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pedang ‘dako’ ini adalah karya agung seni logam dari zaman Kofun Jepun. Ia ditemui dengan perisai sepanjang dua kaki (60cm) yang dibina daripada cermin gangsa dalam keranda kayu sepanjang 16 kaki (4.8m).

Kehadiran kedua-dua artifak itu telah menyebabkan ahli arkeologi mempercayai individu di dalam kubur itu adalah seorang elit perang yang berada dalam unit tentera. Selain itu, mereka juga mungkin orang yang berpengaruh dan penyokong kepada kerajaan pemerintah pada zaman itu.

Perisai cermin gangsa juga merupakan penemuan penting kerana ia adalah artifak pertama yang ditemui di kuburan di Jepun. Berbentuk seperti tempurung kura-kura, ia dijumpai bersandar menyerong sesuai dengan bentuk tanah liat yang menutup penutup keranda.

Dalam budaya Jepun, cermin adalah salah satu simbol kuasa yang paling kuat, dihormati sebagai objek suci yang mewakili tuhan. Ia juga dipercayai bahawa cermin menghubungkan dunia kita dengan dunia rohani.