Penyelidik di Jerman memerlukan 4,000 sukarelawan dalam satu kajian yang bertajuk ‘Risk prEdiction of indoor SporT And CultuRe events for the Transmission of COVID-19” atau RESTART-19. Tujuannya adalah untuk melihat bagaimana penyebaran wabak COVID-19 berlaku di tempat yang tertutup dan ramai orang.

Apa yang lebih ‘menariknya’, kajian ini akan dilakukan bersama-sama dengan penyanyi pop Jerman Tim Bendzko yang bakal membuat satu-satunya konsert pada akhir bulan Ogos ini. Mereka yang berminat dan mahu menghadirkan diri perlu mendaftarkan nama di Universiti Martin Luther Halle-Wittenberg.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kami ingin mencari jalan agar dapat menganjurkan konsert dengan cara yang tidak merugikan,” terang Stefan Moritz, koordinator dan ketua bahagian penyakit berjangkit di hospital Universiti Martin Luther Halle-Wittenberg, kepada The Guardian.

Setiap penonton mesti mendapatkan keputusan ujian negatif dalam 48 jam sebelum konsert bermula. Hanya mereka yang berusia 18 tahun ke atas sahaja yang layak untuk menonton konsert ini. Setibanya di Quarterback Immobilien Arena di Leipzig, mereka akan diberi pelitup muka jenis FFP2, sebuah alat peranti jejak dan sebotol cecair pembasmi kuman.

Peranti jejak akan berfungsi untuk mengukur seberapa dekat seorang penonton dengan penonton yang lain. Manakala pembasmi kuman pula akan meninggalkan jejak cahaya UV pada permukaan yang sering disentuh. 

“Projek RESTART-19 bertujuan untuk mengenal pasti keadaan yang membolehkan pemuzik dan atlet beraksi semula selepas 30 September 2020, tanpa membahayakan kesihatan semua orang yang menghadiri acara itu,” tulis penyelidik.

Untuk rekod, lebih 1,000 orang sudah mendaftarkan nama untuk menjadi sukarelawan dan hasil kajian ini akan dikeluarkan pada awal Oktober nanti.

Manakala di India pula, seorang lelaki yang mahu mengelak daripada dijangkiti COVID-19 telah membuat satu pelitup muka yang disalut emas. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mahu Elak COVID-19, Lelaki Di India Ini Memakai Penutup Muka Diperbuat Daripada Emas