Seringkali apabila membicarakan tentang minyak masak dikalangan suri rumah adalah bagaimana untuk menjimatkan penggunaannya.

Ini kerana penggunaan maksimum minyak masak seperti yang disarankan adalah sehingga 2 kali sahaja kerana penggunaan berulang boleh meningkat risiko kanser.

Sewaktu pertama kali membaca berita tentang kejayaan penyelidik UPM yang telah berjaya mencipta minyak masak yang boleh diulang guna sehingga 80 kali tanpa menjejaskan kesihatan, semestinya saya teruja.

minyak-masak-afdhal-2

Felo Penyelidik Utama Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Suhaila Mohamed berkata, formula saintifik yang dikenali sebagai minyak Afdhal tersebut merupakan salah satu inovasi penciptaan minyak yang boleh dimakan dan dijadikan sebagai bahan penambah dalam minyak masak untuk menggoreng dan juga salad.

Minyak masak tersebut boleh digunakan secara berulang seba­nyak 80 kali menggoreng, ini dapat mengelakkan pembaziran dalam penggunaan minyak bagi tujuan masakan (menggoreng).

Selain itu, produk ini mampu mengurangkan penyerapan mi­nyak, sekali gus menggelakkan kolesterol dalam makanan bergoreng sehingga 85 peratus dan mampu membantu pengguna mencegah penyakit kardiovaskular dan kanser,” kata­nya.

Prof Suhaila juga berkata minyak Afdhal dirumus secara saintifik menggunakan bahan utama iaitu minyak sawit dan herba Rutaceae yang mampu mengurangkan penyerapan minyak dalam makanan bergoreng sehingga 85% dan membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser.

“Ekstrak daripada herba Rutaceae menjadi bahan antioksida semulajadi yang mencegah kerosakan pada minyak masak.

“Selain itu pembaziran dapat dielakkan dengan penggunaan 80 kali menggoreng tanpa menjejaskan kesihatan.

Antara kelebihan lain produk ini adalah ia diperkaya dengan antioksida yang tinggi, bersifat antibakteria dan antihistamin, meningkatkan kegaringan, rasa dan kualiti makanan bergoreng, mencegah kerosakan minyak semasa menggoreng atau semasa penyimpanan dan menjadikan makanan bergoreng kurang bahaya kepada kesihatan.

“Minyak Afdhal boleh digunakan dengan manaa-mana jenis minyak masak dengan penggunaan hanya perlu memasukkan 15 mililiter (ml) atau satu sudu besar ke dalam 150 ml atau setengah cawan minyak masak,” katanya.

minyak-masak-afdhal-1

Penghasilan nama minyak AFDHAL diambil berdasarkan lima konsep utama iaitu;

  • Antioxidant (powerful) natural edible herbs extract,
  • Free of trans-fats, synthetics or cholestrol,
  • Decrease wastage, spoilage and allergy,
  • Have health benefits,
  • Anti-oil absorped in food,
  • Lengthen oil life and usage.

Penyelidikan yang bermula pada tahun 2008 itu masih dalam proses penambahbaikan dan mendapat geran daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan mempunyai beberapa paten termasuk di Amerika Syarikat, ERopah, Australia, Singapura, Malaysia, Vietnam, India, Jepun, China dan Indonesia

Dengarnya minyak masak ini akan dipasarkan di Lazada tidak lama lagi. Mungkin mereka patut pertimbangkan pengedaran di Mydin juga. Makcik-makcik lebih suka ke Mydin daripada order online.

Baca lagi: 10 Petua Simpan Makanan Agar Tahan Lama Dan Kekal Segar

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram