Seorang remaja yang membunuh 10 orang dalam satu tembakan bermotifkan perkauman di Buffalo, New York, Amerika Syarikat, dan yang disiarkan secara langsung menerusi kamera kini telah pun ditahan oleh pihak berkuasa.

Payton Gendron yang berusia 18 tahun telah ditahan dan diberi penilaian kesihatan mental selepas membuat ugutan di sekolah menengahnya pada 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dilaporkan oleh Reuters pada Ahad, Gendron menyerang sebuah pasar raya di Buffalo pada Sabtu lalu yang disifatkan pihak berkuasa sebagai tindakan ekstremisme bermotifkan perkauman.

Pesuruhjaya Polis Buffalo Joseph Gramaglia berkata kepada pemberita bahawa apa yang terjadi adalah jenayah bermotifkan kebencuian terhadap perkauman.

Dalam pada itu, Jurucakap perkhidmatan penstriman Twitch mengesahkan kepada AFP bahawa penyerang menggunakan platformnya untuk menyiarkan secara langsung serangan itu.

https://twitter.com/cantguardbook1/status/1525583650649161731?s=21&t=1FutqK-uxJWPIPmpxUeMeg

“Kami menyiasat dan mengesahkan sudah mengeluarkan rakaman kurang daripada dua minit selepas keganasan bermula,” kata jurucakap itu sambil menambah Twitch mengambil semua tindakan yang sewajarnya termasuk memantau mana-mana akaun yang menyiarkan semula kandungan tersebut.

Gendron menyerah diri kepada polis selepas menembak 13 orang, 11 daripadanya berkulit hitam. Dia didakwa dengan pembunuhan peringkat pertama, yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup tanpa parol.

Pihak berkuasa berkata bahawa Gendron telah melakukan “tinjauan” di kawasan terbabit sebelum melakukan serangan di sana.

Pada petang Sabtu, dia memandu ke Tops Friendly Market, di mana dia memulakan serangan yang dia siarkan secara langsung di platform media sosial Twitch, perkhidmatan video Amazon.com.

Beliau kelihatan berpakaian taktikal, Gendron melepaskan tembakan dengan senapang separa automatik yang dibelinya secara sah, tetapi kemudian diubah suai secara haram.

Pihak berkuasa menemui dua lagi senjata api di dalam keretanya. Gramaglia memberitahu pemberita bahawa Gendron telah muncul dalam radar penguatkuasaan undang-undang tempatan pada Jun 2021, apabila polis menahannya selepas dia membuat ugutan di sekolah menengahnya.

Gendron diberi penilaian kesihatan mental pada masa itu, tetapi dibebaskan selepas ditahan selama setu hari.

Gabenor New York, Kathy Hochul memberitahu ABC News bahawa pasukan penyiasat akan memberi tumpuan untuk menghentikan pandangan perkauman dan ganas yang telah dipromosikan oleh remaja terbabit.

Manifesto 180 muka surat yang beredar dalam talian, dipercayai ditulis oleh Gendron, menggariskan ‘The Great Replacement Theory’, teori konspirasi yang mempromosikan kebencian dan pandangan bahawa orang kulit putih kini telah digantikan oleh minoriti di AS dan negara lain.

Antara kes yang pernah dikaitkan dengan teori ini adalah penembak di masjid Christchurch, New Zealand pada tahun 2019, di mana penyerang memberi amaran mengenai serangan yang membunuh 51 orang adalah untuk menyelamatkan kaumnya.

Muat naik video mengganas secara ‘live’, suspek utama tembakan rambang di Thailand masih bebas. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Muat Naik Video Mengganas Secara ‘Live’, Suspek Utama Tembakan Rambang Di Thailand Masih Bebas

Serangan Tembakan Rambang Di Rusia Buat Orang Awam Panik Lompat Dari Tingkap

Pertelingkahan Peribadi Cetus Kes Tembakan Rambang Di Ibu Pejabat Youtube