Salah satu sindiket penipuan terbesar di dunia yang menipu lebih daripada AUD1 bilion (~RM3.1 bilion) daripada pelabur telah berjaya ditumpaskan oleh penyiasat Australia dengan kerjasama agensi kerajaan Malaysia.

Memetik 9News, penyiasat jenayah siber yang berpangkalan di New South Wales dan pengerusi IFW global Ken Gamble melancarkan siasatan di seluruh dunia untuk membongkar penipuan boiler room yang menggunakan taktik jualan melalui pusat panggilan. Ia kemudian memujuk untuk membeli saham palsu dalam syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: 9 News

Gamble memberitahu Ben Fordham bahawa siasatan mengambil masa lebih tiga tahun untuk mengenal pasti sindiket yang melibatkan 80 tangkapan, termasuk ketua operasi.

“Ia sangat lega untuk menangkap mereka, walaupun banyak kerja perlu dilakukan. Kami memulakan siasatan ini pada 2020 selepas mendapat maklumat mengenai kumpulan itu,” katanya kepada stesen radio Nine.

Sumber Gambar: IFW Global

Sindiket itu dipercayai menyasarkan pelabur yang tidak mengesyaki apa-apa di seluruh dunia, termasuk warga Australia yang ditipu sebanyak AUD1 bilion (~RM3.1 bilion).

Menurut Gamble, pada permulaan siasatannya, mereka mendapati bahawa banyak wang yang ditipu daripada mangsa telah dipindahkan ke dalam akaun bank di Hong Kong dan China.

Sumber Gambar: IFW Global

Selepas mengesan dana tersebut, penyiasat mendapati wang itu kemudiannya dipindahkan ke Thailand dan Singapura. Dari Thailand, dana itu dikeluarkan dan diangkut secara fizikal merentasi sempadan ke Malaysia.

“Kami tahu sindiket mereka untuk masa yang lama tetapi kami tidak dapat menentukan di mana pejabat mereka. Itulah yang menyebabkan kerja yang banyak diperlukan,” katanya lagi.

Gamble berkata, mengesan penjenayah memerlukan pendekatan siasatan cara lama yang berkesan.

Beliau juga diberi amaran agar tidak meneruskan siasatan kerana ia mungkin akan membahayakan nyawanya. Namun hasil siasatan dan kerja keras selama tiga tahun, pasukannya mendapat kejayaan yang dinantikan.

Sumber Gambar: IFW Global

Lanjutan daripada itu, beliau telah terbang ke Malaysia dan bertemu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) negara yang akhirnya berhasil membawa kepada penahanan individu terbabit.

Gamble juga berharap agar rakyat Australia yang ditipu boleh mendapatkan kembali sebahagian daripada wang mereka.

“Lebih daripada AUD 4.3 juta (~RM12.9 juta) telah dirampas semasa operasi itu dan 54 akaun bank telah dibekukan supaya dana dapat diperolehi semula,” katanya lagi.

Siasatan lanjut berkenaan kes juga masih dalam siasatan pasukannya. Sebelum ini juga, pihak SPRM berjaya memberkas warga UK yang melakukan aktiviti penipuan dalam talian menerusi Op Tropicana.

Sumber