Jika anda pergi negara Jepun mesti anda tidak pernah nampak satu butiran sampah berada di jalanan dan tepi semak samun. Ini kerana mereka suka menjaga kebersihan dan sifat ini juga mereka telah dibawa ke perlawanan bola sepak piala dunia FIFA di Rusia.

https://twitter.com/pinkys421/status/1009075725725364224

Walaupun pasukan Jepun telah menang menentang Colombia pada perlawanan pertama mereka di Piala Dunia FIFA 2018, peminat pasukan negara tersebut telah menunjukkan amalan terpuji dengan mengutip sampah yang ada di tempat duduk mereka selepas perlawanan berakhir.

Dengan membawa plastik sampah sendiri mereka terus mengutip sampah mereka sendiri selepas selesai perlawanan itu. Yang paling menarik sekali penyokong pasukan Colombia juga turut bersama menyertai mengutip sampah ini.

Selain penyokong Jepun dan penyokong Colombia, penyokong Senegal turut tidak ketinggalan menunjukkan tauladan yang baik apabila mereka mengutip sampah selepas perlawanan antara Poland menentang Senegal.

https://twitter.com/lucasammr/status/1009132848618594307

Bagi kami walaupun ia nampak kecil, penyokong Jepun telah menunjukkan akhlak baik dan patut dicontohi oleh semua peminat bola sepak di seluruh dunia. Rakyat di Malaysia, bila lagi?