Japan Professional Football League atau lebih dikenali dengan J.League sudah berjaya melahirkan ramai pemain-pemain bola sepak terkemuka dunia sejak penubuhan pada 1994.

Mereka berjaya membangunkan pelan pembangunan yang berkesan untuk diaplikasikan oleh generasi seterusnya bagi mengekalkan legasi bola sepak Jepun yang berkualiti tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun, pihak J.League tidak hanya terhenti setakat itu sahaja. Mereka juga banyak mengadakan aktiviti-aktiviti diluar padang yang memberikan fokus kepada sumbangan semula kepada masyarakat tempatan mahupun antarabangsa.

Penglibatan Dari Penyokong Kelab J.League Sangat Luar Biasa

Mulai tahun 2011, J.League memperkenalkan satu program yang baru untuk memberikan inspirasi kepada kanak-kanak dinegara-negara kurang membangun menggunakan platform bola sepak.

2018-01-09_23-38-32

Bermula dengan Kemboja, J.League telah menceritakan tujuan program ini dijalankan kepada semua peminat bola sepak Jepun dan meminta mereka ‘mendermakan’ jersi pasukan kesayangan masing-masing demi mencetuskan inspirasi untuk orang lain.

Sejumlah 451 helai jersi kelab J.League telah berjaya dikumpul dan diedarkan kepada kanak-kanak di Kemboja pada 2011.

Selepas mendapat sambutan yang cukup baik, mereka meneruskan lagi proram itu pada 2012 di Timor Leste dan 1,189 helai jersi telah diterima oleh J.League dari penyokong-penyokong seluruh Jepun!

Semua jersi itu diberikan kepada kanak-kanak di Timor Leste.

2018-01-09_23-33-58

Tahun-tahun berikutnya mereka secara konsisten menerima sumbangan dari penyokong bola sepak untuk meneruskan usaha yang mampu untuk menginspirasikan kanak-kanak dinegara lain

  • 2011, Kemboja – 451 helai jersi
  • 2013, Timor Leste – 1,189 helai jersi
  • 2014, Myanmar –  746 helai jersi
  • 2015, Bhutan & Mongolia – 412 helai & 300 helai jersi
  • 2016, Sri Lanka – 540 helai jersi
  • 2017, Vanuatu – 589 helai jersi

Perkara seperti ini secara tidak langsung mempromosikan J.League kepada semua kanak-kanak dan rakyat negara yang terlibat dalam program ini. Saksikan video untuk lebih jelas mengenai misi ini.