Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Petang nanti lebih kurang pukul 7 petang perlawanan kedua separuh akhir Piala Suzuki AFF antara Vietnam dan Malaysia. Yes, pasukan kebangsaan kita akan turun beraksi di stadium keramat Vietnam. Bukan sahaja perlu berhadapan dengan pasukan bola sepak Vietnam tapi juga perlu berhadapan dengan ribuan penyokong bola sepak Vietnam yang mungkin sebahagian daripada mereka hati sedang panas gara-gara tindakan bodoh segelintir penyokong Malaysia yang berlagak samseng di stadium Shah Alam tempoh hari.

Pada kejadian Ahad yang lalu, beberapa penyokong bola sepak Malaysia yang tidak bertamadun telah berlaku samseng kepada sekumpulan penyokong Vietnam dan mengakibatkan kecederaan kepada salah seorang penyokong Vietnam. Rakyat Malaysia mengutuk keras perbuatan penyokong Malaysia terbabit apa yang disifatkan sebagai Hooligans. Intern laman web Cilisos.my, Johannem Sim menemubual dua orang penyokong Vietnam yang terlibat dalam insiden terbabit.

Ini Apa Yang Terjadi…

Pelajar universiti An Vu Nguyen ialah salah seorang mangsa hooliganism pada Ahad yang lalu.

An-Vu-Nguyen
An Vu Nguyen (lima dari kiri) bergambar bersama penyokong bola sepak Vietnam dan Malaysia sebelum perlawanan bermula

“When we arrived at the stadium, the atmosphere was very friendly and fun with people taking photos. We went in early to get our seats. Everything went well throughout the game, but the fight started when Malaysia’s captain punched a Vietnamese player. (Watch the video, 0:55 onwards) No red card was given, so we started booing.

At that point, someone suddenly hit me hard. I’m not sure what it was, a plastic bag with ice or a bottle. I was too stunned to tell. One of my friends shielded me until I could get up, then we ran to two police officers at the scene.

Then, we went to the central area where all the police were so that we could get some protection. The cops told us to wait until more people had gone back. I could actually feel the fear from the cops. We waited for 3 long hours before leaving. 2 police officers escorted us out of the stadium and we only reached our car at 1am.” – An Vu Nguyen

Seorang lagi penyokong Vietnam, Vu Minh Ngoc turut berkongsi pengalamannya.

penyokong bola sepak vietnam
Vu Minh Ngoc (kiri) bersama kawan pada perlawanan Ahad yang lepas

“Everyone was quite friendly before the match, but things took a terrible turn when Malaysian fans started entering the Vietnamese area to assault some of us. Some of my friends, who wore the iconic red t-shirt with a yellow star, were harassed even outside the stadium.

Thankfully, we had a security team which helped stop the fights and to stop more Malaysians from coming into our area. However, some of them just stood and stared… I don’t really blame them because they were afraid themselves.

As we stayed back in the stadium, fearing for our safety, we finally managed to get out. We tried to look for a taxi, but nobody wanted to send us home even if they had no passengers. We had to walk 2 hours on the highway because of that. We walked towards the Batu Tinggi KTM and reached at 12am… There, we finally found a cab back to our place in Jalan Semantan at RM60.” – Vu Minh Ngoc

Walaupun “dibuli” oleh penyokong bola sepak Malaysia yang tidak bertamadun, An dan Vu tetap mempunyai perkara positif untuk diperkatakan tentang penyokong Malaysia. Antaranya mereka memuji dan kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Ultras Malaya.

Baca lagi di CILISOS.

Anda Mungkin Suka