Hampir lebih 1,500 penyu dan kura-kura yang masih hidup ditemui di Lapangan Terbang Manila dan dipercayai ia milik seorang penumpang pesawat. Kesemua penyu dan kura-kura tersebut dijumpai tersembunyi di celahan baju dan kasut dan dianggarkan bernilai 4.5 juta peso (~RM354,612).

Haiwan tersebut dijumpai dalam keadaan dilekatkan menggunakan pita pelekat agar tidak bergerak. Akan tetapi, suspek berjaya melarikan diri dari pihak berkuasa tetapi pihak berkuasa sedang siasat dan berjaya mengenal pasti penumpang tersebut. Jika berjaya ditahan, penumpang tersebut akan berdepan kesalahan mengikut akta pemerdagangan haram hidupan liar serta boleh dipenjara sehingga dua tahun.

MG_0230
HYPE
HUAWEI MateBook D 15, Komputer Riba Bajet Dengan Kualiti ‘Flagship’
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, Filipina merupakan sumber dan transit utama hidupan liar yang diseludup bagi tujuan perdagangan haram. Penyu dan kura-kura sering dijadikan haiwan peliharaan dan kadangkala dijadikan bahan perubatan tradisional atau dijadikan sajian di beberapa negara Asia.

Anda Mungkin Suka