Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam Indikator Pertanian Terpilih 2020 baru-baru ini, Perak berjaya menjadi ‘juara’ penternakan babi secara komersial pada 2019, lapor Utusan Malaysia.

Dengan angka sebanyak 545,258 ekor babi yang diternak di Perak, negeri dengan lebih 2 juta penduduk ini berjaya mengatasi Sarawak di tempat kedua dengan 427,037 ekor babi.

Manakala Pulau Pinang (320,165), Selangor (265,847), Johor (262,178), Sabah (84,055) dan Melaka (41,328) melengkapkan senarai teratas negeri dengan ternakan babi paling banyak.

Data ternakan babi ini turut dikongsi oleh laman Twitter Perak Power dan telah mendapat reaksi pelbagai daripada rakyat Malaysia – terutamanya mereka yang berasal dari Perak.

Nona dalam ciapannya di laman Twitter turut mengimbau kenangan di zaman sekolah, “Patut lah dulu kalau balik sekolah, ade lah jugak moment terindah bas sekolah potong lori yang bawa babi. Tak tahu lah nak bangga ke apa sekarang,” katanya.

Bagi Adamzul pula, dia menyatakan, “Daging babi merupakan satu sumber protein. Haram cuma kepada Orang Islam. Malaysia terdiri daripada banyak agama. Demand terhadap daging babi tinggi. Oleh itu, lebih banyak penghasilan lebih banyak keutungan,” tulisnya.

Melalui data tersebut juga, Kelantan muncul negeri paling sedikit yang menternak babi iaitu 84 ekor sahaja sepanjang tahun lalu diikuti oleh Negeri Sembilan (629), Kedah(1,911) dan Pahang (3,893).

Antara tempat yang menunjukkan sifar ternakan babi pula adalah di Terengganu, Perlis dan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Untuk rekod, Perak juga turut muncul sebagai negeri paling banyak ternakan itik iaitu 7,463,087 ekor pada tahun lalu jauh meninggalkan Johor dengan 1,096,806 ekor.

Terdahulu, OLDTOWN sedia ambil tindakan terhadap individu yang menuduh mereka menggunakan daging babi dalam Mee Kari. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Nafi Guna Daging Babi Dalam Mee Kari, OLDTOWN Sedia Ambil Tindakan Buat Penuduh

Didakwa Guna Daging Babi Dalam Mee Kari, KPDNHEP Sahkan Tiada DNA Babi Ditemui

Namewee Jelaskan Kenapa Filem BABI Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

Anda Mungkin Suka