Sebut mengenai TikTok pasti ramai yang sudah membayangkan kandungannya yang terdiri daripada sejumlah video yang menjengkelkan. Digunakan oleh para murid untuk perkara yang tidak berfaedah untuk menjadi sinonim terhadap aplikasi ini.

Di sebalik aplikasi yang dikecam ramai, pertumbuhan orang ramai khususnya individu berumur 18 tahun ke bawah yang menggunakan aplikasi ini dilihat semakin meningkat.

tan-kar-hing
Sumber: Independent

Melihat kepada aplikasi ini yang semakin meningkat naik, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing mahukan aplikasi TikTok dijadikan medium untuk tingkatkan pelancongan negeri Perak bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Tambahnya lagi, bantuan atau promosi daripada remaja generasi ‘millenial’ ini bakal membantu orang ramai untuk melancong ke negeri Perak.

f780dbe833fd

Selain itu, Tourism Perak juga akan turut menghasilkan beberapa kandungan digital lain untuk dipromosikan di media sosial yang lain meliputi Facebook, Instagram dan Twitter. Beberapa aplikasi media sosial lain yang diguna oleh majoriti pengguna di China seperti Weibo dan WeChat akan turut dimanfaatkan.

Sekiranya cadangan ini diluluskan, mungkin kita akan melihat selepas ini lebih banyak kempen atau video berkonsepkan pelancongan Perak melalui aplikasi TikTok dan beberapa lagi media sosial yang lain.

Sebelum ini, Perak pernah dinobatkan oleh Lonely Planet sebagai 10 destinasi popular bagi tahun 2017. Selain itu, kami kongsikan kepada anda beberapa lagi tempat menarik di Perak.

‘Lonely Planet’ Senaraikan Perak, Malaysia Di Antara 10 Destinasi Popular 2017

Gopeng Glamping Park, Destinasi ‘Outdoor’ Baharu Yang Menarik Di Perak

Movie Animation Park Studio Di Perak Dah Buka. 13 Tip Sebelum Anda Ke Sana

 

Sumber