Sejak wabak COVID-19 melanda, umum tahu tempat berkumpul seperti pawagam telah ditutup sepenuhnya dan kini mulai kembali dibuka mengikut SOP yang ditetapkan beserta penjarakan sosial.

Dalam usaha untuk menawarkan altenatif buat para penonton pawagam, sebuah pawagam berkonsepkan pandu lalu atau tonton dalam kereta telah dilancarkan di Perak dimana negeri ini telah muncul sebagai negeri pertama memperkenalkannya di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
108992692_3204032882979952_2944403725481900259_o
Sumber: facebook perak today
109779300_2625379061009101_5953134613859203658_n
Sumber: facebook Casuarina Meru

Terletak di Bandar Meru Raya, Ipoh, pawagam yang dikenali seagai Casuarina Sini-Drive ini mampu memuatkan sehingga 70 buah kenderaan dalam satu tayangan.

Mengulas mengenai waktu operasi, Casuarina Sini-Drive beroperasi setiap malam kecuali pada hari Isnin dengan menawarkan pakej sekitar RM36 sehingga RM42.

110167059_2625462161000791_3207861694362286963_n
Sumber: facebook Casuarina Meru

Buat anda yang sudah lama tidak menonton wayang bersama rakan-rakan atau keluarga serta mahu mencuba sesuatu yang baharu, mungkin menonton pawagam di Casuarina Sini-Drive antara destinasi yang boleh dituju.

Ketahui lebih lanjut mengenai konsep menonton pawagam dalam kereta dengan klik pautan di bawah.

Pawagam Berkonsep Tonton Dalam Kereta Pertama Bakal Dibuka Di Malaysia

Ini 9 Filem Hebat Yang Akan Ditayangkan Di Pawagam Bermula 1 Julai 2020

Sumber