Beruntung sungguh kita hidup zaman serba mudah seperti hari ini, kalau dahulu nak memasak mesti kena cari kayu api terlebih dulu, sekarang tinggal pulas sahaja tombol pada dapur gas. Memang mudah sungguh, makanan segara pun sudah ada dijual dalam kotak, lagi lah mudah!

Kenapa perlu bersusah payah kalau boleh dilakukan dengan lebih mudah? Sekali lagi idea yang kreatif menjadi bukti penyelesai kepada masalah manusia. Dengan adanya rekaan-rekaan alatan awesome yand dijual di pasaran sekarang, kerja pun jadi lebih mudah. Dan ini di antara 20 alatan kreatif yang ringkas tapi cukup membantu memudahkan kerja-kerja anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Koleksi Bekas Minyak Dan Rempah Ratus
Reka bentuk botol minyak dan bekas rempah ratus ini nampak comel, lebih menarik bukan sekadar bentuknya. Malah ia membantu memudahkan anda mencapai ketika diperlukan dan mudah untuk disimpan.

2. Pemotong Nenas
Yeah, ini kami paling suka. Alat ini membantu anda membuang kulit nenas yang merumitkan dengan mudah, lebih menarik siap dipotong sekali dalam satu masa.

3. Kain Jeli
Membersihkan kotoran seperti habuk dikawasan tersorok dicelah-celah memang agak rumit, dengan bantuan kain jeli ini kerja jadi lebih mudah. Bentuknya yang fleksibel dan bergam akan menarik habuk melekat terus ke atasnya.

4. Pemacu USB Bermeter
Terdapat meter ukuran pada pemacu USB ini yang akan memberitahu anda seberapa banyak lagi ruang storan yang masih tinggal. Jadi bolehlah anda tahu banyak mana ruang yang sudahpun digunakan.

5. Pemotong Piza 2 Bilah
Berbentuk seperti basikal, ia sebenarnya pemotong piza dengan dua bilah. Kebiasaanya potongan pertama masih belum sempurna, sebab itulah biasanya diikuti dengan potongan ke 2. Dengan alat ini, anda boleh memotong 2 kali dalam satu masa. Cool!

6. Selipar LED
Terdapat satu lampu LED pada rekaan selipar ini yang akan membantu anda berjalan dalam gelap.

7. Basikal Stroller
Ibu yang suka aktiviti berbasikal perlukan ini, basikal ini dilengkapi dengan pengendong bayi. Jadi anda boleh bawa anak bersiar-siar sekali.

8. Dulang Makan Jig-Saw Puzzle
Bukan berfungsi sebagai dulang makan sahaja, malah boleh dijadikan sebagai meja pemotong. Dan paling seronok ia boleh dicantumkan kepada saiz bersuaian dengan kehendak anda.

9. Cawan
Cawan ini bukan seperti cawan yang biasa anda lihat. Ia direka bentuk untuk menapung lebihan air yang meleleh keluar. Jadi tak ada la kesan air yang tertinggal di meja nanti.

10. Pasu Mudah Alih
Minat bermain bunga, tapi kawasan rumah agak terhad contohnya seperti tinggal di rumah flat. Rekaan pasu ini mungkin sesuai untuk anda. Bukan sahaja mudah di alih, malah ia boleh diletakan di tempat-tempat yang berpalang.

11. Kerusi Pusing
Bukan kerusi ini yang boleh berpusing, tetapi tempat duduknya. Biasa selepas waktu hujan, tempat duduk di kerusi akan basah. Dengan kerusi ini, anda boleh pusingkannya dan memilih untuk duduk pada bahagian yang kering. Dalam waktu yang sama, bahagian basah akan menjatuhkan air dan kering dengan kadar yang pantas.

12. Pembersih Sikat
Orang berambut panjang sedikit-sebanyak tidak dapat lari dari masalah lebihan rambut gugur yang melekat pada sikat. Dalam reka bentuk sikat ini terdapat satu tapak yang mudah ditanggalkan untuk anda membuang lebihan rambut gugur itu tadi. Jadi ia memang sangat berguna dan memudahkan.

13. Bateri USB
Penggunaan USB digunakan dengan sangat meluas pada hari ini, ia tidak terkecuali dari diguna pakai pada beteri. Bateri USB ini boleh dicas semula dengan bantuan HUB pengecas USB yang terdapat padanya. Untuk isian tenaga semula memang mudah.

14. Papan Pemotong Berserta Penimbang
Untuk yang suka memasak ikut resepi yang ditetapkan, alat pemotong ini bakal memudahkan anda menyukat berapa banyak bahan masakan yang diperlukan. Jadi tiada lagi masalah terlebih ‘rasa’.

15. Lilin Guna Semula
Lilin ini boleh diguna berulangkali, cuma tinggal gantikan sumbunya sahaja. Bekas berupa tiub yang ada pada lilin ini akan menyimpan semula lilin yang mencair dan beku apabila ia mula sejuk. Jadi ia boleh digunakan seberapa banyak kali pun. Tiada masalah.

Dalam 15 item di atas, pilih 3 yang anda rasa paling menarik dan beritahu kami melalui komen di bawah!

Sumber