Salah satu insiden yang pasti diingati orang ramai pada tahun 2021 ini ialah kemalangan Proton X50 semasa penghantaran kepada pelanggan. Rata-rata ramai yang mahu tahu adakah pihak insurans akan memberikan pampasan sekiranya kenderaan terlibat kemalangan teruk seperti itu.

Seorang perancang kewangan telah berkongsi info melalui akaun Twitter @LuthfiMY mengenai jenis-jenis pampasan insuran sekiranya berlakunya kemalangan pada kenderaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Luthfi, ramai orang tidak perasan dengan nilai Market Value dan Agreed Value semasa memperbaharui insurans/takaful yang telah dilanggan. Tambahnya lagi, rata-rata ramai orang memilih bayaran bulanan yang termurah.

Pihak syarikat insurans/takaful akan membayar jumlah pampasan mengikut harga market value kenderaan yang hilang atau ‘total loss’. Sebagai contoh, jika market value kenderaan berjumlah RM35,000, pihak insurans akan membayar jumlah yang sama.

Sekiranya baki pinjaman bank berjumlah RM45,000, pihak Takaful akan membayar RM35,000, manakala baki selebihnya RM10,000 perlu dibayar oleh pemilik kenderaan sendiri.

Manakala Agreed Value pula, Lufthi menyatakan syarikat Takaful akan tawarkan nilai jumlah yang dilindungi untuk kenderaan tetapi tidak banyak syarikat yang menawarkan Agreed Value ini.

Sebagai contoh, andaikata Agreed Value bersama pihak Takaful berjumlah RM30,000, Market Value kenderaan (RM20,000) dan pinjaman bank (RM25,000), Takaful hanya membayar pampasan minimum RM20,000 sahaja.

Tetapi disebabkan masih mempunyai pinjaman bank, Takaful akan membayar terus kepada pihak bank sebanyak RM25,000.

Ada juga situasi di mana pemilik kenderaan boleh mendapat duit tunai setelah Takaful membayar pampasan mengikut Market Value dan pihak bank selesaikan jumlah baki pinjaman.

Sebagai penutup bebenang ciapan, Luthfi menyarankan agar memilih Agreed Value sebagai Takaful kenderaan kerana ia lebih selamat dan terjamin sekiranya kenderaan tersebut baru dibeli dan jumlah pinjamannya tinggi.

Pernahkah anda menerima saman dan meminta anda hadir ke mahkamah? Seorang peguam ada berkongsi prosedur mahkamah untuk menyelesaikan denda tersebut.

Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah

Mudah Dan Cepat, Gadis Ini Kongsikan Cara Untuk ‘Renew’ Lesen Secara Online

Sumber