Sebut sahaja tentang Elon Musk mungkin anda semua cukup kenal dengan individu yang sentiasa hadir dengan idea yang futuristik ini. Berjaya melancarkan kereta elektrik terlaju dunia serta solar city sudah cukup untuk melambangkan bagaiamana individu sentiasa teruja dengan kemajuan teknologi terbaru.

Awal minggu ini Elon Musk bersama pasukannya, Space X berjaya membuat orang ramai kagum dengan pengumuman ‘Big Fucking Rocket’ atau lebih dikenali dengan nama BFR. Berdasarkan laporan, pengguna berpeluang untuk ke mana-mana sahaja ke di serata dunia dalam jangka masa kurang daripada satu jam. Anda boleh tonton video ini untuk melihat konsep yang dipaparkan Elon Musk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Futuristik bukan? Ternyata pelan Elon Musk dalam mengumumkan BFR ini hanyalah pelan awal untuk sebuah misi yang lebih besar. Misi yang dimaksudkan adalah melancarkan trip untuk ke Planet Marikh dan bulan yang dijangkakan bakal bakal berlangsung 10 tahun akan datang.

Elon Musk juga turut berharap BFR berpeluang untuk dijadikan kargo bagi membangunkan bandar di Marikh serta pengkalan di bulan.

104467205-GettyImages-494548551.1910×1000

Adakah pelan beliau realistik dan bakal tercapai? Mungkin terlalu awal untuk diramal, namun pelan beliau sebelum-sebelum ini jelas berjaya diselesaikan dengan sempurna. Melihat kepada misi dan visi serta apa yang telah dicapai oleh Elon Musk, tidak hairanlah beliau dikenali sebagai ‘Tony Stark’ dunia sebenar.

Sumber