Amerika Syarikat pada ketika ini berdepan krisis topeng muka apabila semakin ramai yang mula panik dengan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negara berkenaan.

Amerika Syarikat dilihat terdesak dan sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat stok topeng muka terutamanya dari china. Dalam satu laporan, Amerika Syarikat dikatakan telah membuat tawaran minit terakhir kepada sebuah syarikat China untuk menjual stok yang sepatutnya untuk negara Perancis kepada mereka.

BeFunky-collage-10
HYPE
Ini Rahsia Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan Pilihan Terbaik Para Ibu
Baca lagi →

“Mereka membeli topeng muka kami pada harga tiga hingga empat kali ganda harga yang kami bayar secara tunai,” kata Jean Rottner, wakil wilayah Timur Perancis, kawasan paling teruk terjejas di Perancis.

Khamis lalu, sebuah kapal terbang yang sarat dengan topeng muka buatan China sedang membuat persiapan untuk terbang ke Perancis. Rottner merupakan pegawai yang bertanggungjawab untuk mendapatkan stok topeng muka berkenaan.

“Kami bekerja tanpa henti untuk memastikan stok topeng muka berkenaan tiba di sini. Namun nampaknya ada pihak yang licik dan merampas stok tersebut daripada kami,” tambah Rottner.

Setakat 3 April 2020, Amerika Syarikat adalah negara yang merekodkan kes COVID-19 tertinggi di dunia dengan 277,467 kes dan 7,402 kematian. Perancis pula di tangga ke-6 dengan 64,338 kes dan 6,507 kematian. Perancis telah membuat pesanan lebih 1 billion topeng muka dan suku daripadanya adalah dari China.

Di negara yang terjejas teruk dengan COVID-19, topeng muka kini ibarat ’emas’. Syarikat ternama seperti Lamborghini juga kini menghasilkan topeng muka bagi membantu kekurangan stok topeng muka di Itali. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Lamborghini Hasilkan ‘Face Mask’ Untuk Tangani COVID-19 Di Itali

Nike Akan Hasilkan Pelindung Muka Khas Untuk Tangani COVID-19 Di Amerika Syarikat

Syarikat Induk Louis Vuitton Kini Buat Sanitizer Percuma Di Kilang ‘Perfume’ Mereka

Anda Mungkin Suka