Penggunaan cawan dan pinggan plastik sememangnya digunakan secara meluas pada hari ini. Kita boleh lihat sendiri, contohnya di kedai-kedai makan terutama di restoran ‘fast food’ .

Kajian telah membuktikan, penggunaan barangan plastik seperti pinggan atau cawan terhadap makanan ini boleh membahayakan kesihatan. Akibat kesan dari bahan kimia yang digunakan dalam proses menghasilkan barangan plastik ini boleh menjejaskan horman dalam badan yang dikaitkan dengan autisme, kecatatan kelahiran dan lain-lain masalah kesihatan.

Sebagai langkah menjadi negara maju, Perancis kini akan mengharamkan sebarang bentuk penggunaan pinggan dan cawan plastik. Perlaksanaan undang-undang baru ini akan mula dikuatkasakan bermula pada tahun 2020. Ini menjadikan Perancis sebagai negara pertama yang mengharamkan pengguna pinggan dan cawan plastik.

Peraturan undang-undang baru ini merupakan sebahagian daripada Energy Transition for Green Growth Act yang sebelum ini pernah mengharamkan penggunaan beg plastik di kedai runcit dan pasaraya pada bulan Julai lepas.

Dalam satu kenyataan, Presiden Perancis memberitahu larangan ini merupakan satu usaha besar untuk menjadikan Perancis sebagai contoh dalam usaha memelihara alam sekitar.

Diharap usaha murni Perancis dalam menjaga baik alam sekitar ini akan mengeluarkan lebih banyak idea-idea kreatif dari seluruh dunia untuk mengantikan penggunaan barangan plastik seperti pinggan dan cawan ini kepada meterial yang lebih mesra dan selamat.