Kecanggihan telefon pintar hari ini membuatkan setiap individu mempunyai keinginan untuk memilikinya termasuklah golongan remaja dan kanak-kanak. Obsesi ini menyebabkan kerajaan Perancis bimbang mengenai konsentrasi dan kebergantungan berlebihan pada gajet dalam kalangan pelajar.

Berikutan dengan situasi tersebut, kerajaan Perancis mengambil inisiatif dalam mengeluarkan larangan penggunaan telefon pintar di sekolah untuk pelajar berusia 15 tahun ke bawah.

kids-phones-header
Sumber: Digital Trends

Larangan ini berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja sesi persekolahan bermula 5 Ogos nanti melibatkan penggunaan telefon bimbit, tablet dan jam tangan pintar sepanjang sesi persekolahan.

Larangan penggunaan telefon di sekolah seluruh Perancis kali ini dipanjangkan ke seluruh sesi persekolahan termasuk waktu rehat. Bagaimanapun, pelajar yang berusia 15 tahun ke atas mungkin akan dikenakan larangan yang sama bergantung kepada budi bicara pihak sekolah.