Pasar borong terbesar di dunia telah dibuka menjadi tempat simpanan mayat mangsa yang meninggal dunia akibat COVID-19, sambil aktiviti seharian seperti menjual daging, ikan dan barangan keperluan masih berjalan seperti biasa.

Rungis International, yang bertapak di pinggir selatan Paris menyediakan sebuah dewan penyimpanan barangan sejuk dengan kelengkapan 1,000 peti mati kepada mangsa coronavirus.

5e85f3b598beb.image
Gazette Times

“Tempat ini perlu kerana para pengusaha rumah mayat tidak dapat menampung jumlah kematian yang besar – maka lebih banyak ruang diperlukan,” kata sumber polis seperti dipetik oleh Daily Mirror.

“Keranda akan mula tiba di Rungis pada hari Jumaat dan pada hari Isnin keluarga atau teman-teman mangsa akan dibenarkan melawat bagi upacara penghormatan dengan syarat-syarat yang ketat.”

Apa yang menarik, pasaraya yang mempunyai lebih 15,000 pekerja dan berada di lokasi seluas 575 ekar masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

WireAP_9da60af9ecd746b59821410777045809_16x9_1600
ABC News

Ketua Polis Paris, Didier Lallement dalam satu temuramah mengakui bahawa langkah ini perlu diambil selepas Paris menjadi bandar paling teruk terjejas akibat wabak ini. Ia juga mengambil kira bahawa krisis ini akan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

Rumah mayat sementara ini terletak di pinggir pasar dan jauh dari beberapa tempat tumpuan pelanggan. Mayat akan disimpan di sini buat beberapa hari sebelum dipindahkan ke tanah perkuburan di sekitar Perancis atau di luar negeri.

Jumlah kematian akibat COVID-19 di Perancis terus melonjak kepada lebih 8,000 orang semalam, manakala lebih 70,000 orang telah dijangkiti dengan wabak yang berasal dari Wuhan, China.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Doktor Di Perancis Rasis, Cadang Vaksin Diuji Kepada Penduduk Afrika

Doktor Yang Dilarang Sebar Kes COVID-19 Kini Terima Penghargaan Tertinggi Kerajaan China

Gelombang Baharu Kes COVID-19, Kerajaan India Buru Jemaah Tabligh

Sumber