Nas Daily bukanlah asing dalam industri pencipta kandungan. Lelaki berasal dari Israel yang kini menetap di Singapura ini beberapa kali telah mencetuskan pelbagai kontroversi di internet.

Terdahulu The Vocket pernah melaporkan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam isu diskriminasi pekerja. Tindakan beliau mencari pekerja bukan warganegara Singapura untuk menyertai syarikat beliau dikecam rakyat Singapura. Mereka juga berpendapat ia adalah kerana faktor gaji. Mereka menuduh Nas Daily mahukan warga Vietnam kerana ianya ibarat cheap laborĀ untuk jawatan tersebut di Singapura.

Selain itu Nas juga pernah mengeluarkan satu video yang mendakwa bahawa rakyat Singapura adalah pemandu terbaik di dunia. Video tersebut dikecam oleh rakyat Malaysia disebabkan rata-rata rakyat Malaysia tahu bagaimana perangaiĀ  pemandu Singapura apabila memasuki Malaysia. Tidak lama selepas itu, Nas meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

Isu pertama

Terbaharu, Nas sekali lagi buat onar di negara orang apabila didakwa menipu. Dia sebelum ini telah mempromosikan satu kelas tatu yang bakal di ajar oleh seorang pembuat tatu yang paling dihormati di Filipina iaitu Whang-od Oggay. Bagaimanapun, cucu kepada Whang-od tampil menjelaskan bahawa kelas yang dikelolakan oleh vlogger Nas Daily adalah satu penipuan.

Gracia Palicas, juga seorang tatu artis yang juga cucu kepada Whang-od mengatakan dalam sebuah hantaran di Facebook bahawa neneknya tidak pernah bersetuju untuk mengajar kelas dalam talian yang dibuat oleh Nas Daily.

Setelah dakwaan ini tular, Nas telah bertindak membatalkan kursus yang berharga P750. Netizen juga telah bertindak menyelar tindakan Nas dan menuduh beliau cuba untuk mengambil kesempatan ke atas budaya Filipina.

Isu kedua

Setelah dakwaan menipu dan mengambil kesempatan untuk menggunakan nama tatu artis terkenal, Whang-od. Nama Nas terus dikecam oleh orang ramai. Kali ini usahawan muda, Louise De Guzman Mabulo pula tampil berkongsi pengalamannya dengan Nas pada dua tahun yang lalui ketika vlogger itu datang ke Filipina untuk membuat liputan mengenai The Cacao Project yang dibangunkan oleh Louise.

Kejadian yang berlaku pada 2019 itu bermula apabila Nas dan pasukannya hadir ke Filipina dengan tujuan untuk membuat video The Cacao Project. Sepanjang bersama dengan Nas, Louise memberitahu bahawa dia terkejut dengan perangai sebenar vlogger tersebut.

Louise yang menulis di Facebook miliknya memberitahu orang ramai bahawa Nas telah bertindak mengejek dan meniru loghat bahasa tempatan. Dia juga didakwa telah mengkritik petani di Filipina sebagai miskin sepanjang beliau di sana.

Tidak cukup dengan itu, Louise juga mengatakan bahawa Nas seolah-olah cuba menipu pengikutnya. Ini selepas Louise mendengar Nas bercanda bahawa dia hanya perlu letakkan perkataan Filipina di videonya dan dia sudah pasti akan mendapat jutaan tontonan dan komen dari orang Filipina.

Di akhir kenyataannya, Louise mengajak pengikutnya untuk menentang cubaan Nas yang cuba mengeksploitasi budaya Filipina dengan mentaliti kolonial.

“Nas mengejar kandungan orang Filipina kerana tahu negara kita akan memberinya kemasyuran. Kita yang menentukan arus. Kita yang menentukan trend dan keperitan.

“Mari kita maju sendiri, Filipina mempunyai kemampuan untuk menjadikan negara kita hebat jika kita mengetepikan perbezaan kita, menolak eksploitasi seperti ini, dan bekerja demi kepentingan Filipina dan rakyat Filipina,” katanya di akhir catatan di Facebook.

Followers Nas Daily turun selepas isu pertama dan kedua

Selepas isu melibatkan tatu artis terkenal, Whang-od Oggay dan selepas itu dengan Louise De Guzman Mabulo. Pengikut Nas Daily di Facebook di dakwa telah turun.

Kejadian ini bukan sahaja mempertaruhkan kredibilitinya tetapi juga laman Facebook mereka.

Screen-Shot-2021-08-06-at-11.09.14-AM

Sejak isu masalah kelas dalam talian Apo Whang-Od dengan Nas Academy pada hari Rabu yang lalu, CrowdTangle, sistem yang boleh diakses oleh pengguna menunjukkan penurunan yang besar dari segi pengikut di halaman Facebook Nas Daily.

Difahamkan bahawa sebanyak 285,500 pengikut telah hilang dari halaman Facebook Nas Daily. Dari 20.99 juta pengikut dari 3 Ogos 2021, ia menurun kepada 20.69 juta.

Walaupun ia dilihat tidak memberi kesan yang besar kerana dia mempunyai jutaan pengikut, namun kedua-dua isu ini seolah-olah telah merosakkan sedikit imej Nas di Filipina.

Dalam kenyataan beliau bagi isu pertama, Nas tampil menjelaskan bahawa dia tidak menipu dan persetujuan telah pun dicapai dengan Whang-od mengenai kelas tersebut. Nas juga mendakwa bahawa keuntungan yang diperoleh dari kelas tersebut akan diberikan kepada Whang-od, manakala dia dan pasukannya hanya akan membantu dari segi pemasaran dan barang kelengkapan.

Bagi isu kedua pula, Nas memberitahu bahawa yang sebenarnya menipu adalah Louise. Ketika dia sampai ke Filipina, Nas mendakwa bahawa projek yang digempar gempurkan oleh Louise itu sebenarnya tidak wujud. Tambah Nas lagi hasil siasatan beliau, tidak ada petani dan tidak ada kebun Cacao seperti yang didakwa oleh Louise.

Tetapi Nas tidak menjawab dakwaan Louise bahawa dia bertindak kurang ajar dengan mengejek loghat bahasa Filipina. Dia juga gagal menjawab dakwaan bahawa dia mengatakan petani di Filipina adalah orang miskin.

Nas Daily dikecam kerana isu diskriminasi pemilihan pekerja di Singapura. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Nas Daily Dikecam Kerana Isu Diskriminasi Pemilihan Pekerja Di Singapura

Kegigihan Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini

Nas Daily ‘Mohon Maaf’, Adakah Ia Ikhlas?