Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kartel dadah EL Chapo didakwa menyeksa, membunuh dan menggantung mayat musuh di bawah jambatan, lapor The Sun. Difahamkan tiga mayat separuh telanjang dengan kepala ditutup dibiarkan tergantung di bandar Fresnillo, Mexico, pada 19 Jun lalu.

Pihak berkuasa Mexico mendakwa Sinaloa Cartel bertanggungjawab dengan pembunuhan ini setelah rakaman video menunjukkan mereka menyoal siasat salah seorang ahli kumpulan pesaing, Jalisco New Generation Cartel (JNGC).

Mayat seorang lelaki ditemui diikat dibahagian kaki sementara dua lagi mayat diikat di bahagian leher dengan masing-masing digantung di bawah jambatan. Difahamkan, salah seorang mangsa yang dibunuh kejam oleh Sinaloa Cartel adalah kanak-kanak dibawah umur.

Pembunuhan kejam ini merupakan sebahagian daripada kempen berdarah oleh Sinoloa Cartel yang kini dipimpin oleh rakan kongsi dan anak-anak El Chapo untuk merebut kawasan perdagangan dadah utama di barat Nayarit.

Perang di antara kartel dadah bermula pada Oktober tahun lalu ketika ketua Sinaloa Cartel yang baru, Ismael “El Mayo” Zambada, mengancam untuk berperang dengan sesiapa sahaja demi untuk menjadikan wilayahnya sebagai pusat pemerintahan kartel dadah.

Kumpulan yang dulunya dipimpin oleh El Chapo ini mengugut untuk memenggal kepala pihak berkuasa dan sesiapa sahaja yang cuba menghalang mereka.

El Mayo mengambil alih kartel itu setelah El Chapo diekstradisi ke AS dan dipenjarakan tahun lalu. Perang dadah antara anak lelaki El Chapo dan JNGC telah menyaksikan hampir 250 orang dibunuh dalam masa sebulan.

Wilayah Baja California menyaksikan 2,938 kematian ganas tahun lalu di tengah perang dadah yang kejam. Menurut akhbar Mexico Zeta Tijuana, 246 pembunuhan mengejutkan direkodkan di Baja California pada 28 hari pertama Januari tahun ini. Sebahagian besar dipercayai dilakukan oleh ‘Los Chapitos’ Guzman – anak-anak El Chapo.

Anak perempuan El Chapo dan kartel dadah Mexico turun padang bantu penduduk terjejas akibat COVID-19. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Anak Perempuan El Chapo Dan Kartel Dadah Mexico Turun Padang Bantu Penduduk Terjejas Akibat COVID-19

Majlis Perkahwinan Anak Perempuan El Chapo Dikawal Ketat, Dihadiri Oleh Tetamu Paling ‘Wanted’ Di Dunia

Lebih 150 Das Tembakan Dilepaskan, Pegawai Polis Yang Menahan Anak El Chapo Mati Dibunuh

Anda Mungkin Suka