American Assassins adalah karya adaptasi daripada novel tulisan Vince Flynn dengan nama yang sama. American Assassins Membariskan pelakon-pelakon ternama seperti Michael Keaton, Dylan O’ Brien dan Taylor kitsch. Jadi yang anda menarik tentang filem arahan Michael Cuesta ini?

American Assassins menceritakan hidup seorang pemuda, Mitch Rapp (Dylan O’ Brien) yang ingin menuntut bela kematian kekasihnya akibat satu serangan terrorist sewaktu percutian mereka di sebuah pantai. Tanpa beliau sedari, Mitch diperhatikan pihak CIA yang berminat untuk menrekrut beliau ke dalam satu pasukan khas dikenali sebagai Orion.

Mitch kemudiannya dilatih oleh Stan Hurley (Michael Keaton), seorang veteran perang yang hebat supaya beliau lebih bersedia untuk berkhidmat di dalam pasukan Orion. Tugasan penting mereka adalah untuk mendapatkan kembali nuclear warhead milik Russia yang dicuri oleh seorang agen yang telah berpaling tadah bernama ‘Ghost’.

Begitulah serba sedikit sinopsis filem American Assassins ini. Cliche? Jalan ceritanya sama sahaja dengan filem-filem conterterrorism lain yang dikeluarkan oleh Hollywood sebelum-sebelum ini. Bezanya, watak Mitch tidak mempunyai background seorang askar. Beliau hanyalah seorang pemuda biasa tetapi pihak CIA nampak potensi besar Mitch untuk menjadi seorang agen yang hebat.

Apa yang saya suka tentang filem-filem seperti ini adalah pemilihan lokasi pengambarannya. Mereka ke Istanbul, Tripoli, Romania, Roanoke and Rome untuk pengambaran filem ini. Adegan semasa di Tripoli dan Rome paling menarik perhatian kerana saya sangat suka dengan binaan kota-kota lama. Rasa seperti mahu buat lawatan untuk melawat tempat-tempat yang ada dalam filem ini.

American assasina

Masih ingat filem Maze Runner? Ya, Tyler O’Brien nampak sudah dewasa dalam filem ini. Anda pasti terfikir bagaimana beliau hendak nampak remaja kembali selepas ini untuk watak Thomas. Michael Keaton seperti biasa tidak mengecewakan. Begitu juga dengan lakonan Ghost (Taylor Kitsch). Cuma watak Ghost mungkin agak terpencil dalam filem ini. Mereka tidak menggambarkan kehebatan watak Ghost yang sebenar sehinggakan pihak CIA rasa terancam dengan beliau.

Tiada sangat faktor ‘wow’ dalam filem ini. Segalanya dapat diduga kerana pengarah menggunakan skrip yang sama seperti filem-filem terrorism yang sedia ada di pasaran sebelum ini. Kali ini mereka mainkan pula sentimen anti-Iran yang tidak mahu berdamai dalam isu nuklear. Filem ini juga keluar beberapa hari selepas tarikh tragedi 9/11. Mungkin pihak produksi ingin menumpang tragedi 9/11 untuk menarik penonton ke pawagam? Filem ini juga serious dari mula hingga tamat. Tiada langsung adegan atau dialog lucu sepanjang filem ini.

Saya bersetuju dengan headline yang dibuat laman Vulture untuk filem ini; American Assassins sebenarnya hebat cuma ianya bukan filem yang kita perlukan ketika ini. Kami beri rating 6.7/10 untuk filem ini. Kalau anda peminat filem spy tegar, bolehlah ke pawagam untuk menonton filem ini.