Presiden Vladimir Putin secara rasminya mengumumkan telah mengarahkan tenteranya untuk menyerang Ukraine. Apa yang disangkakan hanyalah ugutan dari Rusia akhirnya benar-benar terjadi kepada negara yang mempunyai 43 juta orang.

Serangan Rusia dimulakan dengan letupan di beberapa bandar di Ukraine, termasuk bandar Kyiy, Odessa, Kharkiv dan Mariupol. Sehingga laporan ini ditulis, konflik di antara Rusia – Ukraine masih lagi berlangsung dengan kematian lebih parah direkodkan di bahagian Ukraine.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Secara ringkas, Ukraine dan Rusia seperti adik beradik pada masa lalu. Kedua negara ini bersatu dalam satu kumpulan Soviet Union, sebuah kesatuan komunis terkuat pada masa tersebut. Namun pakatan ini dibubarkan pada tahun 1991 dan Ukraine diberikan kemerdekaan oleh Presiden Rusia Boris Yeltsin pada masa itu.

https://twitter.com/WorldWarTV/status/1497058324180787207

Selepas merdeka, perselisihan faham di antara dua negara ini sering terjadi. Walaupun pelbagai cara untuk menyelesaikan isu ini, termasuk menandatangi perjanjian persahabatan, namun konflik tetap memanas di antara dua negara.

Isu perselisihan faham ini berlarutan dengan Rusia dikatakan cuba untuk menguasai negara-negara bekas Soviet Union, termasuk Ukraine. Rusia juga dikatakan suka campur tangan dalam urusan hal ehwal politik di Ukraine.

Tetapi serangan pada tahun ini, ia lebih kepada ketidakpuasan hati Rusia atau Presiden Rusia Vladimir Putin yang tidak bersetuju dengan niat Ukraine mahu menyertai pakatan NATO.

Rusia sebelum ini dengan keras meminta NATO menghentikan semua aktiviti ketenteraan di Eropah Timur dan Ukraine. Rusia turut meminta perikatan itu untuk tidak menerima Ukraine atau negara bekas Soviet yang lain sebagai ahli.

Putin juga dikatakan ‘tidak berniat’ untuk menyerang jirannya, namun isu ini mula timbul apabila ‘galak’ dimainkan oleh Amerika Syarikat dan NATO.

Namun bagi para pemerhati, mereka melihat apa yang dilakukan Putin sebenarnya bertujuan untuk memaksa perubahan penuh di Ukraine. Rusia, mahu kepimpinan Ukraine ditukar kepada pro-Rusia.

Dipetik daripada CNN International, dalam esei panjang yang diterbitkan oleh Putin pada 2021, beliau secara ringkas memanggil Rusia dan Ukraine ‘seorang’. Putin juga pernah berkata bahawa Ukraine adalah sebahagian daripada Rusia yang telah dicuri apabila Soviet Union runtuh pada tahun 1991.

Kini, serangan yang berlangsungn sejak semalam telah mengakibatkan 137 orang terbunuh dan 316 orang cedera selepas hari pertama pertempuran, lapor Presiden Volodymyr Zelensky.

Amerika Syarikat pula telah bertindak mengenakan sekatan ke atas kumpulan elit dan bank Rusia, namun menegaskan bahawa tentera AS tidak akan menuju ke Eropah timur untuk berperang di Ukraine, sebaliknya akan mempertahankan ‘setiap inci’ wilayah NATO.

Vladimir Putin isytihar perang ke atas Ukraine, 6 bandar dilaporkan telah diserang. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Vladimir Putin Isytihar Perang Ke Atas Ukraine, 6 Bandar Dilaporkan Telah Diserang

Rusia Didakwa Bakal Serang Ukraine Esok, Kerajaan Minta Warga Malaysia Lapor Ke Kedutaan

‘Tenang semua’ – Rusia Panggil Tentera Balik, Tak Jadi Serang Ukraine