Kina sering terima panggilan dari pelancong-pelancong Malaysia yang berdepan dengan masalah di Jeju. Contohnya masalah tak dapat ambil kereta sewa, masalah kereta excident, masalah makan, masalah guesthouse dll.

1. Tiada adab dan tatasusila

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kalau mampu tolong, Kina tolong yang mana boleh. Tapi kadang-kadang ada yang datang minta tolong dengan Kina macam tanpa adab tatasusila. Call-call je terus cakap “Kak Kina kat mana ye? Kami ada masalah bla bla” dan kami langsung tidak mengenali satu sama lain.

2. Buat saya macam kaunter pertolongan

Siapa yang call tu pun Kina tak tau. Kadang-kadang Kina tengah sibuk kat fakulti, ataupun tengah memandu bawa client, tengah tidur ke buat kerja ke. Bila angkat call, dengan tak ada salam, takda perkenalkan diri. Terus minta tolong dengan kita macam kita ni kaunter pertolongan yang hanya diperlukan waktu susah je.

Baca: 17 Lokasi Menarik Untuk Dikunjungi Di Pulau Jeju, Korea Selatan

travel-ke-jeju-korea-2

3. Nak lepas tengkuk sendiri saja

Pernah sekali ada orang hubungi Kina dari Malaysia lagi cakap nak ke Jeju tapi dia minta tolong Kina teman dia waktu nak ambil kereta sebab dia tak yakin. Ok so on the day dia sampai Jeju Kina bersusah payah ke airport naik bas dari universiti yang ambil masa 45min.

Akhirnya bila dah jumpa dia, dan dia dah dapat kereta sewa, Kina siap tunjuk dia kedai makan dan guesthouse semua.

Lepas tu kita minta tolong dia hantarkan Kina balik universiti kejap memandangkan dia ada kereta , dia cakap “oo nak kena hantar kau balik pulak ek. Dah la dah malam ni, bas dah takde dah ke? Nanti akak nak balik guesthouse sesat pulak”.

Sebelum dia datang Jeju dia WhatsApp panggil akak awak akak awak. Tapi bila dah sampai Jeju dah selesai tolong dia semua, terus panggil kau aku kau aku.

Baca: 8 Cara Beli Tiket Kapal Terbang Lebih Murah Ke Pulau Jeju, Korea Selatan

travel-ke-jeju-korea-4

4. Kena halau dari airport

Kena halau dari airport Jeju sebab tak boleh overnight, kelam kabut call Kina minta tolong. Jadi kita pun tolong call kawan kita, tuan punya guesthouse berdekatan airport. Siap tolong booking kan guesthouse. Lepas tu senyap. Tak tau berita. Bila dah selamat, dapat tempat berteduh, diam membisu.

Kadang-kadang rasa macam kita ikhlas nak tolong orang yang berdepan masalah, tapi bila kita dilayan macam ‘Kaunter Pertolongan’ macam ni terus tak ada mood nak tolong dah.

Tak semua macam ni, yang baik pun ramai. Siap ada yang hadiahkan Kina beras, tudung, serunding, belanja makan dll. Tapi yang tak bertatasusila macam cerita di atas pun ramai juga.

Nota editor: Gambar tiada kena mengena dengan cerita. Kina adalah satu-satunya pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran dan menetap di Pulau Jeju, Korea. Beliau juga turut menawarkan khidmat tour guide bagi anda yang ingin melawat Pulau Jeju.

Baca lagi: 9 Masalah Sering Dihadapi Rakyat Malaysia Sewaktu Travel Ke Pulau Jeju, Korea Selatan