Industri seni tanahair kini makin diserikan dengan kedatangan pelakon-pelakon baru. Akan tetapi, ada berita kurang enak muncul apabila segelintir pelakon senior menyatakan kekecewaan terhadap sikap pendatang baru di set penggambaran.

Mengulas lanjut akan isu tersebut, Datuk Fizz Fairuz yang juga merupakan seorang pelakon meluahkan rasa kecewa kerana segelintir pelakon baru kelihatan tidak serius dalam bidang lakonan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CNG8g76ppLw/

Tambahnya, segelintirĀ pendatang baharu merasakan diri mereka bagus, tiada disiplin dan juga tidak menghafal skrip ketika berada di set penggambaran. Malah, ada juga pelakon baru yang tidak menghormati pelakon senior dan tidak mengenali mereka.

Terdahulu, Rusdi Ramli turut mendedahkan sikap segelintir pendatang baharu yang lebih gemar menghabiskan masa dengan telefon bimbit menjadikan hubungan antara pelakon lain kurang mesra. Apakah pula pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Gula-Gula Kegemaran Rakyat Malaysia Muncul Dalam Drama Vincenzo Curi Perhatian Ramai

Gara-Gara Selebriti Langgar SOP, Surat Pelepasan Negeri Diperketatkan Dengan Laporan Itinerari?

‘Air Kotor Dan Menyedihkan’- Lelaki Ini Kecewa Lihat Keadaan Zoo Negara Tidak Diselenggara