Bersempena dengan sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, Quill City Mall KL nampaknya tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan kempen Raya mereka yang dinamakan Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends pada minggu lepas.

Photo 6

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Yang bestnya, setiap hujung minggu bermula 23 Mei hingga 9 Jun 2019, jangan ketinggalan untuk menanti ketibaan maskot Didi & Friends dan saksikan persembahan mereka di Main Atrium, Ground Floor. Peminat Didi & Friends juga berpeluang bertemu dengan karakter kegemaran mereka, merakamkan gambar, menyanyi serta menari bersama Didi dan rakan-rakan.

Photo 5

Pada kali ini, Quill City Mall KL memperkenalkan konsep bertemakan pengembaraan Didi dan rakan-rakan ke pantai yang santai dan tenang serta menggabungkan elemen sambutan Raya secara tradisional dan moden. Dikelilingi dekorasi warna-warni lampu di Main Atrium, rumah pantai, pokok kelapa, pemandangan laut yang visualistik, dan papan potong terap Didi antara dekorasi Raya Quill City Mall KL yang tidak boleh dilupakan.

Stage

Konsep kawasan terbuka bertemakan pantai di Main Atrium untuk keluarga dan kanak-kanak berbuka puasa dan sesi santai di tepi pantai dengan beg kekacang berwarna-warni ini membolehkan kanak-kanak berkumpul dan bersosial antara satu sama lain dengan dikelilingi koleksi fesyen terbaharu.

Workshop

Jangan lupa untuk dapatkan juga cenderahati daripada reruai rakan kongsi dan penyewa Quill City Mall KL seperti Ashh & Annas, Di Moda Closet, Fana Couture, Szoffya, Refash, United Babies Studio, Toy World, Alliance Spectrum, Zoomoov, Dupharma dan banyak lagi.

61836841_2205577462812198_1990826648613683200_o

Oh ya, yang bawa anak-anak pasti rasa tidak rugi singgah ke Quill City Mall KL. Pelbagai aktiviti menarik tersedia untuk anak-anak anda antaranya adalah Didi & Friends Coloring Workshop, Wau Making Workshop dan Raya DIY Canvas pada hujung minggu.

workshop area

Nak best lagi? Quill City Mall KL menawarkan redemption Raya yang unik iaitu sampul duit Raya bersama pelekat Didi & Friends, Didi & Friends Zoomoov Ride, Carousel Ride, Guess & ‘Sea’ Voucher Redemption, pertandingan foto “Spot Didi & Friends” dan banyak lagi aktiviti menarik bakal menanti anda di Quill City Mall KL. Jangan lepaskan peluang untuk menebus hadiah edisi terhad sepanjang Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends apabila anda datang ke Quill City Mall KL. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Redemption

It’s today! Quill City Mall KL welcomes this Raya together with Didi & Friends from 23 May 2019 to 9 June 2019….

Posted by Quill City Mall Kuala Lumpur on Wednesday, 22 May 2019

Kempen ini bermula dari 23 Mei sehingga 9 Jun 2019. Buat anda yang sedang berkelapangan atau mahu mencari pakaian segak bergaya sempena Hari Raya, Quill City Mall Kuala Lumpur antara yang boleh dijadikan pilihan.

Anda Mungkin Suka