Seperti yang tercatat di dalam laporan terkini, Thailand tidak lama lagi bakal melaksanakan peraturan baharu bagi mereka yang masuk ke negara itu melalui pintu sempadan Malaysia berkuatkuasa 1 Oktober ini. Khasnya kepada rakyat Malaysia yang ingin memasuki negara itu diingatkan supaya memahami dan mematuhi peraturan baharu itu serta menggunakan dokuman perjalanan yang sah.

Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Mohd Afandi Abu Bakar, antara peraturan itu adalah perlu mengisytiharkan kenderaan serta penumpangnya dengan mengisi borang masuk kepada Jabatan Imigresen dan Kastam Thailand. Pemandu yang gagal mengisytiharkan kenderaan akan dikenakan denda sehingga empat atau lima kali ganda nilai kenderaan atau kenderaan ditahan dan penjara selama dua tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk maklumat lengkap berhubung peraturan baharu itu akan dikemaskini di dalam laman web Kementerian Luar tidak lama lagi. Dalam masa yang sama beliau berkata, walaupun ada antara syarat kemasukan tersebut telah lama dipraktikkan tetapi difahamkan perubahan dibuat bagi memudah dan memperkemas daftar masuk rakyat asing ke Thailand oleh pihak berkuasa negara itu.

Tambah beliau lagi, sepanjang tahun ini sehingga Ogos lepas terdapat dua kes kenderaan milik rakyat Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Thailand kerana melanggar peraturan masuk. Manakala dalam perkembangan yang lain, kira-kira 250 rakyat Malaysia sedang menjalani hukuman penjara di selatan Thailand membabitkan pelbagai kesalahan.

BACA JUGA: 8 Pantang Larang Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Thailand

Sumber